Ego Boleh Memakan Diri Sendiri

Farah Waheda Wahid
11
Source Extracted from Google

Ego adalah perkataan yang berasal dari Latin yang bermaksud "I", yang mana diesktrak dari perkataan Greek "Ey'w (Ego)" dan selalunya di dalam English digunakan untuk membawa maksud kepada perkataan "self", "identity" atau konsep2 lain yang berkait rapat dengannya. '

Menurut bapa psikiatri yang terkenal, Sigmund Freud, ego adalah merupakan prinsip realiti yang wujud dalam keadaan sedar yang membentuk keperibadian seseorang. Namun, ego adalah struktur keperibadian yang tidak beserta dengan moral/agama/adat/norma2 kehidupan manusia di mana ego yang muncul itu dapat bersifat baik atau buruk.

Selalunya, ego ini tercetus apabila terdapat tekanan di mana seseorang akan menggunakan tindakan 'defend' daripada sifat egonya untuk menafikan kelemahan/kesilapan yang berlaku. Ada pula yang menggunakan mekanisme 'reflection' di mana dia akan berusaha untuk memantulkan kesalahannya kepada orang lain.

Sedar atau tidak, kadang2 sifat ego dalam diri seseorang itu boleh memakan dirinya sendiri. Sentiasa merasakan dirinya adalah betul dan x boleh menerima sebarang teguran adalah salah satu tanda egoisnya manusia. Ada pulak, rasa ego dalam diri, x boleh lihat orang lebih baik daripada dirinya sehingga wujud perasaan tercabar dengan orang lain dan sentiasa berusaha mengatasi orang lain sehingga x sedar adakalanya cuba mencari kelemahan orang lain untuk menampakkan sedikit keburukan pada diri orang lain.

Ego yang melangit pun x kan dapat dibandingkan diri kita sebagai hamba Allah yang masih belum cukup amal dan ibadat untuk berdepan dengan dugaan dan ujian dari Allah SWT. Seelok2nya cubalah saling bersikap rasional atas perkara2 yang mendatangkan kebaikan bersama. Yang salah diperbetulkan, yang perlu ditegur eloklah ditegur cara baik. Bukannya dengan cara menyinggung hati dan perasaan orang lain, memperkotak katikan maruah seseorang. Setiap masalah boleh dibawa berbincang sekirannya ego masing2 diketepikan. Hanya dengan ego yang menguasai diri hubungan antara kawan2, adik beradik, keluarga, suami isteri boleh berantakan dan terlerai.

X rugi pun if, some of the things or issues dibawa berbincang dan kita buang ego kita yang x bertempat tu. Ego tu boleh membuatkan manusia jadi jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Allah... Nauzubillahminzalik...Ya Allah, jauhkanlah dari hambaMu ini.
"Pernahkah anda merasakan tekanan, kegelisahan hati dan merasakan bebanan hidup yang berat dan mencengkam jiwa, seolah2 semuanya menjadi serba tidak kena? Jika ini terjadi bererti anda dalam kegelapan cahaya hati dan dilitupi keegoaan yang sangat tinggi"
Bawak2lah buang sikap dengki, iri hati serta kesombongan hati tu. Gantikanlah dengan rasa cinta, kasih sayang dan sikap merendah diri.  X semestinya orang yang lebih tua dari kita boleh memandang rendah dan menjatuhkan maruah orang sesuka hati hanya disebabkan kesalahan yang pernah dilakukan dan tidak semestinya kita yang muda sentiasa menganggap diri kita adalah yang terbaik. Setiap manusia akan menerima dugaan dan ujian dalam kehidupan. Untuk diri kita sendiri belum tentu lagi apakah bentuk ujian dan dugaan yang akan kita hadapi kelak. 

Muhasabahlah diri untuk ke arah kebaikan. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dari Allah untuk setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan yang semakin mencabar ini. Amin. 

Apapun, terpulang kepada seseorang individu macam mana dia nak pandang masalah ego ni, sama ada sesuatu yang penting atau sebaliknya. Dalam dunia perubatan, sesuatu yang mendatangkan keburukan dianggap penyakit dan dalam Islam pulak, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah"
Bagi yang merasakan sifat ego itu suatu penyakit, carilah penawarnya. Untuk melakukan perubahan yang drastik, sememangnya tidak mudah tapi jadikanlah orang2 yang kita sayangi sebagai pendorong untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik.  Jangan sampai sifat ego tu memakan diri kita sendiri. 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hi.. aslkum.. bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ada pgalaman bhadapan dgn org yg ego.. org yg ego selalunya xnk mengaku kesalahan sendiri.. mencikk..

    ReplyDelete
  3. memang kannn..berdepan ngn org yg ego ni buat kita sakit ati...

    hmm..tapi biarlah dia...nanti kita pulak yg jd sakit hati n terego sendiri..hehe

    ReplyDelete
  4. sangat2 tak suker dengan org yg ego ni...naik meluat

    ReplyDelete
  5. Ada jugak dtg egonya bila dgn anak anak ni....he..he..

    ReplyDelete
  6. saya salah seorg daripada org yg ego tu....:P

    ReplyDelete
  7. @semua:

    ego tu setiap orang ada...tapi x yahlah melampau sangat kan?

    ReplyDelete
  8. Kalo kita rasa kita ni dh "besar" sangat, ingatlah ada yang lagi BESAR iaitu Allah Yang MAHA BESAR

    ReplyDelete
  9. Ego...mmm..mmg bermasalah...klu diri sndri je takpe..ni klu org len pon skali terlibat..menangis...huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !