Cara2 Solat Istikharah

Farah Waheda Wahid
8
Source Extracted from Google
Kepada DIA lah tempat kita semua mengadu dan kepada DIA juga tempat kita semua memohon petunjuk... Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila kita berada dalam keraguan untuk memutuskan mana yang terbaik di antara 2 perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing2 ada kelebihan dan keburukannya. 

Sebab tu, hendaklah kita menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan, kita dianjurkan solat istikharah 2 rakaat. Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih lagi mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan 7 kali berturut2. Selepas itu, bertawakallah kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah 'hati' lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari Yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan di masa akan datang, hendaklah tetap husnuz-zan kepada Allah. 

TATA CARA SOLAT ISTIKHARAH
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh. Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. Dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam di saat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

LAFAZ NIAT
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak'ataini Lillahi Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala

RAKAAT PERTAMA
Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun

RAKAAT KEDUA
Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

SELEPAS SALAM, BACALAH DOA YANG DISARANKAN DALAM ISTIKHARAH
Dalam berdoa, sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT misalnya: 'Ya Allah, jika hal ini... (sebutkan namanya)'

DOA ISTIKHARAH
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

.
doa solat istikharah


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.” 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mungkin jugak berkat solat istikharah ni lah, ain setuju kahwin dengan suami...=)

    ReplyDelete
  2. thanks share ye kak..
    dulu penah membe soh buat..tp, cm xkuat nak buat..huhu

    ReplyDelete
  3. Setiap pilihan harus dimulakan dengan solat istikharah..Hanya DIA penentu segalanya..

    ReplyDelete
  4. sekian lama cari cara nk buat solat ni, rupanya sis farah share disini..insyaAllah, klau berkesempatan buat, nak juga buat.. :)

    *eh, tapi dah nak kawin dah..takde pilihan2 lelaki lain.. hihihi..insyaAllah mngkin kerana perihal lain kan..

    ReplyDelete
  5. ^_^ my pleasure uols... ilmu yang baik dan berguna elok dikongsi, sama2 ingat dan sama2 panjangkan... ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !