Baby Mia Sihat2 Jer... ^_^

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Alhamdulillah, Baby Mia sihat2 jer...gud gurl...he he he...that's wut makes mummy love you more each day & day... ^_^ and thanks a bunch with lotsa love to my better half yang telah bersusah payah menghantar Baby Mia ke klinik semalam untuk thorough medical check-up routine walaupown busy... Appreciate it so so so much...

Memang macam ni lah routine-nya setiap 5000km... Biler sampai jer next 5000km, tempoh matang Baby Mia... Baby Mia akan dihantar untuk medical check-up-nyer... Just to ensure everything is in good condition dan Baby Mia sihat walafiat... Ye lah, nak beli kete bukannya sehinggit dua hinggit, tu pown belum jadi hak milik sendiri lagi...masih lagi hak milik bank... hu hu hu...tunggu 3 tahun jer lagi, barulah Baby Mia tu fully mine... biler fikir2 tentang nih, x sabar rasanya nak habis membayar hutang ngan bank tuh... 

Routine medical check-up untuk keta nih penting... xkanlah pakai kete main lenjan jer kan? Nanty sok-sok kot mengeluh pulak... "Eh, kenapa kereta aku rasa berat semacam je ni?"... Pas tu biler rasa x puas hati dengan performance kete kita, kita pown amik decision nak hantar kete kat bengkel and tanya pada mechanic... Pas tu nanty biler mechanic bagi tau... "Oh, enjin kete cik ni dah teruk. Nak kena buat full overhaul ni!" "Berapa kos untuk baiki enjin kete saya ni bang?" "Semua nak tukar barang2 dalam enjin yang dah harus ganti dengan baru campur upah lebih kurang 900 hingga 1K la..."... Bluekkkk...mau muntah darah kat situ... If kita pandu dengan cermat, service kete kita secara berkala (servis/tukar minyak enjin bila sudah sampai masanya), enjin kereta kita boleh tahan 10 hingga 15 tahun...kadang2 tu lebih lagi... 

Sebab-sebab kita rasa kete kita as if jadi berat:

  • Jangka hayat palam pencucuh a.k.a. spark plug sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali - tapi saya setiap kali service kalau boleh mesti nak tukar... 
  • Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali.
  • Petrol oil filter tersumbat (minyak x dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (carburator/suntikan minyak) - setiap kali kita tukar timing belt, tukar penapis petrol ni sekali - Baby Mia x pakai timing belt... Baby Mia pakai timing chain...
  • Air filter penuh dengan habuk/debu. Kena cuci atau tukar air filter ni.
  • Enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali.
  • Disc brake kereta kita tersangkut akibat sistem brake yang tidak pernah diperiksa & diservice - biasanya berlaku kejadian piston brake melekat (brake piston x release balik disc brake selepas kita menekan brake. Pandu kete perlahan2 (gunakan gear 1 atau 2) & kita boleh mendengar bunyi disc brake tersangkut / bergesel. Tukar minyak brake setiap 3 atau 4 tahun, brake pad tukar bila dah nak habis... - Baby Mia auto transmission, tapi still check jugak brake pad dan segala bagai...bagi memastikan segalanya OK
  • Bearing roda @ tayar kete kita dah rosak. Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kete kita akan kedengaran bila kita memandu pada kelajuan 80km ke atas.
  • Gear box oil sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun - clutch plate tukar setiap 3 tahun sekali.
  • Tekanan angin dalam tayar kete kita tidak mencukupi.
  • Timing enjin kete kita terlalu rendah atau dah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kete kita semula.
  • Mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Check kalau terdapat kerosakan pada coil distributor kete kita.
  • Bateri kete kita dah sampai masa perlu ditukar... Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dalam 2 tahun.
See.... penting sangat untuk monitor performance and service kete kita secara berkala... Tak kiralah kita pakai kete lama ke kete baru ke... Keta nak kena jaga... Beli bukan murah... Nak carik duit bukan senang... Kalau kita sentiasa jaga kesihatan kete kita, In Shaa Allah... dia pown bley berbakti pada kita dengan baik... dan kete pown sentiasa berada dalam keadaan baik... Even kalau kita plan nak tukar kete lain pown, kalau kita cermat pakai kete dan jaga performance and condition kete... kita boleh dapat trade-in value atau jual pada harga yang tinggi sedikit dari biasa... sebab condition bagus kan? (uhukss...tiber2 teringat pada Mr K... sebelum Baby Mia... yang saya jual on hand to a person dengan harga yang sangat berbaloi2)... 

Jadi... from a very true personal experience... rajin2lah hantar kete gi jumpa doktornyer ek untuk servis... Biarlah kita rasa satisfaction berkereta itu dan berbaloi bayar pada bank tetiap bulan untuk kemudahan kita sendiri... ^_^ Faktor safety pown ye jugak... Biler kete selalu diservis dan berada dalam keadaan baik... pemanduan kita akan menjadi lebih selamat selain dari perkara malang tidak berbau... (ishh...minta2 dijauhkan la untuk kita semua ek perkara malang x berbau tuh... hu hu hu...)

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. fewwww........betul tu...

    kereta ni penjagaan dia dah mcm kita juga.... kene jaga ngn penuh kasih sayag. barulah dia tak prob.... Cayang my Chumell juge..!!

    ReplyDelete
  2. huhnnn...sampai sekarang takut bawak kereta even ada lesen kereta dan motor! huwargghhhhh! lesen peram :(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. he..he... kena ambik tau jugakkan ..... walaupun harapkan laki je sekarang ni

    ReplyDelete
  5. adusss,,, muja pun sekadar memeram lesen.. hehe

    ReplyDelete
  6. kalau lelaki, diorang jaga kete mengalahkan jaga bini, kalo pompuan lak..jaga kereta mengalahkan jaga body sendiri..hehee...

    ReplyDelete
  7. baby akak dah abih bayar dah..ni tgh duk fikir nak bersalinkan baby baru plak...x tau lagi nak amik apa..hahahahaha...

    ReplyDelete
  8. lahhhhhh...ade name ekkk...2 bukan keta myvi ke name die...hihihiih..gurau jewwwww

    ReplyDelete
  9. ingatkan baby apa td...hehehehe...btul tu mmg slalu kena check kete ni...tp slalunya kete pemilik pempuan dgn lelaki berbeza...pempuan jaga dgn lemah lembut lelaki kasar...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. oo..bby kete..ingat tadi bby fara betul2..hehehe

    ReplyDelete
  11. hihi..saya pon mggu depan br nk p bengkel utk service..:)

    ReplyDelete
  12. oh kete..byk yer nk kena tahu kak farah uuiiii...hahaha

    ReplyDelete
  13. miza pun baru belajar selok belok baba kete. part nak isi angin tayar sampai sekarang fail. hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !