Source Extracted from Google |
Kahwin misyar ialah akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwin dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.
Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua2 suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri2 dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.
Sebagai contoh, perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Dalam perkahwinan itu pihak perempuan bersetuju suaminya yang berpendapatan rendah tidak menanggung nafkah zahirnya, memadai memberikannya kasih sayang, menjadi pemimpin keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang lain. Tetapi ini tidak bererti lelaki lari daripada tanggungjawab sebagai suami. Peranan sebagai suami tetap diteruskan, anak2 terus diberikan perhatian.
Cuma suami diringankan tanggungan dari aspek kewangan, itupun selepas ada persetujuan bersama. Atas persetujuan bersama, suami berkenaan menyara keluarganya mengikut kemampuannya dengan dibantu oleh isterinya yang berpendapatan lebih tinggi. Malah, ikatan suami isteri yang bermula dengan perkahwinan misyar juga boleh ditukar menjadi perkahwinan biasa jika ditakdirkan selepas berkahwin mereka, pekerjaan dan pendapatan suami bertambah baik.
Rasanya sudah sampai masanya masyarakat kita berhenti memandang serong pada perkahwinan tidak sama taraf atau tidak sekufu. Kita perlu berlaku adil pada wanita2 yang sanggup berkahwin dengan lelaki lebih rendah pangkat atau kedudukannya. Kahwin misyar ini, mampu mengatasi masalah andartu atau ibu tunggal yang semakin ramai. Ianya tidak menjatuhkan martabat wanita kerana semua dibuat atas persetujuan bersama.
Credit: SINI
thanks akak utk sharing..~
ReplyDeleteperkongsian yang baik sis...
ReplyDeleteperlu ada tolak ansur dalam perkahwinan...
@CikZaniff:
ReplyDeletemy pleasure dear...
@miz ruha:
thanks sis... betul dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur dan kedua2 pihak kena memahami konsep sebenar perkahwinan itu... ^_^
tq sbb kongsikan info ni...
ReplyDeletenice info...baru tahu...maklumlah bab2 munakahat kat sekolah mana ada ajar sgt...skng ni tinggal ego yg jadi penentu samada sesuatu pasangan itu boleh menerima kahwin misyar atau tak...
ReplyDeletePerkongsian yang baik. Menuntut kefahaman yg lebih agar tiada yg teraniaya.
ReplyDeleteMungkin ada segelintir perempuan yg begitu....tapi biasanya perempuan ni sedikit tamak segala-galanya... he..he...bukan cakap org...diri sendiri juga!! ha..ha,,
ReplyDelete