Apa Itu Kahwin Misyar?

Farah Waheda Wahid
7
Source Extracted from Google
Kahwin misyar ialah akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwin dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua2 suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri2 dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Sebagai contoh, perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Dalam perkahwinan itu pihak perempuan bersetuju suaminya yang berpendapatan rendah tidak menanggung nafkah zahirnya, memadai memberikannya kasih sayang, menjadi pemimpin keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang lain. Tetapi ini tidak bererti lelaki lari daripada tanggungjawab sebagai suami. Peranan sebagai suami tetap diteruskan, anak2 terus diberikan perhatian.

Cuma suami diringankan tanggungan dari aspek kewangan, itupun selepas ada persetujuan bersama. Atas persetujuan bersama, suami berkenaan menyara keluarganya mengikut kemampuannya dengan dibantu oleh isterinya yang berpendapatan lebih tinggi. Malah, ikatan suami isteri yang bermula dengan perkahwinan misyar juga boleh ditukar menjadi perkahwinan biasa jika ditakdirkan selepas berkahwin mereka, pekerjaan dan pendapatan suami bertambah baik.

Rasanya sudah sampai masanya masyarakat kita berhenti memandang serong pada perkahwinan tidak sama taraf atau tidak sekufu.  Kita perlu berlaku adil pada wanita2 yang sanggup berkahwin dengan lelaki lebih rendah pangkat atau kedudukannya. Kahwin misyar ini, mampu mengatasi masalah andartu atau ibu tunggal yang semakin ramai. Ianya tidak menjatuhkan martabat wanita kerana semua dibuat atas persetujuan bersama.

Credit: SINI

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perkongsian yang baik sis...
    perlu ada tolak ansur dalam perkahwinan...

    ReplyDelete
  2. @CikZaniff:
    my pleasure dear...

    @miz ruha:
    thanks sis... betul dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur dan kedua2 pihak kena memahami konsep sebenar perkahwinan itu... ^_^

    ReplyDelete
  3. nice info...baru tahu...maklumlah bab2 munakahat kat sekolah mana ada ajar sgt...skng ni tinggal ego yg jadi penentu samada sesuatu pasangan itu boleh menerima kahwin misyar atau tak...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik. Menuntut kefahaman yg lebih agar tiada yg teraniaya.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada segelintir perempuan yg begitu....tapi biasanya perempuan ni sedikit tamak segala-galanya... he..he...bukan cakap org...diri sendiri juga!! ha..ha,,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !