5 Cara Membuatkan Anak Faham Soal Duit & Pentingnya Menabung

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Yang nak bercerita ni x der pengalaman jadi ibu lagi... ^_^ . Tapi sekadar melontarkan pendapat dan pandangan... 

Mostly zaman sekarang anak2 beruntungkan? Sebab some parents memang kerap manjakan anak dengan memberikan apa saja yang mereka inginkan sampaikan kadang2 tu anak jadi kurang faham dengan konsep duit. Anak yang sering dibanjiri hadiah boleh jadi x faham kalau parents mereka harus bekerja terlebih dulu so that barulah ada duit untuk beli hadiah2 tersebut. 

Dan disebabkan inilah, teaching your kids about money are the crucial things for every parents. Terbaca di dalam 1 artikel yang ditulis oleh Suze Oman yang merupakan seorang financial planner di salah satu website, beliau mengesyorkan 5 tips yang boleh membantu parents untuk memberikan kefahaman tentang duit kepada kanak2. 

#1: Menggunakan Mesin ATM
Anak2 sering melihat ibu bapa memasukkan sekeping kad ke dalam sebuah mesin, menekan beberapa butang dan menerima duit dari ATM. Merupakan satu ke-harus-an untuk mengajar kanak2 bagaimana ATM bekerja. Kalau duit dikumpulkan kemudian ditabungkan di bank, so duit tersebut boleh ditarik keluar dari mesin teller automatik. Hal tersebut akan membuat anak tertarik untuk menabung. 

#2: Menetapkan Anggaran Belanja
Walaupun masih kanak2, bukan bererti anak tidak boleh diajar untuk menetapkan anggaran pengeluarannya sendiri. Bermula dengan hal yang mudah. Misalnya, bila nak pergi shopping mall, cerita terlebih dulu apa yang mungkin dibeli dan jelaskan berapa anggaran yang diperlukan. Berikan anak pemahaman, contohnya kalau dia x cukup duit untuk membeli apa yang dia mahu. Biarkan anak memahami kalau memang dia ingin sesuatu yang harganya di luar jangkauannya, ertinya dia perlu menabung lagi atau menukar barang yang diinginkannya.

#3: Tidak Ada Yang Baru
Biarkan anak faham, that kalau dia membeli sesuatu barangan yang mahal, so ada barang lain yang perlu dikorbankan. Jelaskan alasannya dan bagaimana bil dibebankan, juga bagaimana barang tersebut harus dibayar. Mungkin anak yang lebih tua boleh membantu menerapkan konsep penting ini, bahawa tidak ada barang yang percuma.

#4: Hadiah Hanya Untuk Acara Tertentu
Hanya kerana kita mampu membelinya bukan bermaksud kita harus memberikan hadiah2 mahal untuk anak2 tanpa alasan apa pun. Hadiah sebaiknya hanya diberikan untuk kesempatan tertentu seperti ulang tahun atau dia berjaya mendapai nilai yang bagus. Cara ini akan membuatnya faham bahawa sesuatu harus diperjuangkan untuk diperolehi. Anak juga jadi lebih menghargai barang tersebut. Jadi jika anak meminta mainan atau barang lain yang kurang penting, katakan dengan lembut bahawa kita akan membelikannya sebagai hadiah ulang tahun. 

#5: Penggunaan Kad Kredit
Meskipun usianya masih kecil, tidak ada salahnya mengajar anak tentang sistem penggunaan kad kredit dan fakta bahawa bayaran tidak dilakukan pada saat itu. Ini bermakna, semakin banyak penggunaan kad kredit akan semakin meningkat jumlah hutang. Mengajar anak tentang kad kredit dan menerapkan kebiasaan menggunakan kad kredit dengan cara yang baik merupakan sebahagian penting daripada pendidikan ekonomi mereka.

Ketika anak2 sudah cukup umur (antara 7 - 12 tahun) untuk menerapkan konsep di atas, kita juga boleh memperkenalkannya kepada proses lain dalam pembelajaran tentang duit, such as:

  • Perkenalkan anak dengan konsep tabungan dan pelaburan. Ajarkan si kecil membuat akaun tabungan bank sejak awal untuk menjaga duitnya dari pelbagai kemungkinan bahaya, dan pentingnya kebebasan kewangan ketika mereka memerlukan.
  • Ajarkan anak untuk beramal. Sebagai sebahagian daripada pendidikan tentang duit, biarkan anak belajar tentang orang yang kurang bernasib baik dan bagaimana dia boleh membantu mereka dengan memberikan sedikit hartanya. 
Mungkin apa yang ditulis dalam artikel ini, ada kebenarannya...kefahaman tentang duit tu yang penting... and I believe parents out there mungkin ada cara mereka tersendiri dalam memberikan kefahaman tentang duit ni pada anak2... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok..nanti eja ajak anak eja cmni eh..oppss..terlebih sudah..hihi

    ReplyDelete
  2. Anak saya Faris kalau dapat duit orang bagi mesti dia terus hulur kat saya hehe... So, terus saya simpan dalam wallet dia (tapi wallet tu saya tak tunjuk ar) ;)

    ReplyDelete
  3. no dua tu selalu saya amalkan..beri
    pemahaman pada anak sgt penting

    ReplyDelete
  4. ktorg ajar awal2 dh ajar alya menabung(duit syiling)

    now pantang jumpa duit syiling pasti dia akan p masukkan dlm tabung dia

    ReplyDelete
  5. salam..Bagus info ni..thanks 4 sharing!

    ReplyDelete
  6. yg pasti nnt ada ank akan sediakan tabung setiap sorang...hihihi..bru tahu menyimpan... ^^

    ReplyDelete
  7. Anak Cheqkaq pon menabung..tapi jenuh nk jawab soalan bile nk bukak tabung dia..haishhh..pastu bile kita buat alasan takde duit..dia pon ckp.."amik jer duit along tu mak.." aikk??hehe

    ReplyDelete
  8. DA START MENABUNG ,., SEBAB NAK NIKAH .. HIKHIK

    ReplyDelete
  9. Haha, sebenanya tips tu utk sya sendirik jugak. Sya sendiri pn x pndi menabung :)

    ReplyDelete
  10. Memang sesuai sangat until TLBD yg suka beli mainan tu...hu..hu

    ReplyDelete
  11. jom join.hadiah jubah ada,cash RM100!

    http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

    ReplyDelete
  12. sy ajar anak simpan duit dlm tabung..masuk keluar masuk kelaur ajelah....suke sgt men duit syiling...hehehe

    ReplyDelete
  13. Nice entry :)
    Memang betol anak2 zaman sekarang terlalu dimanjakan. Jadi mereka tak tau nak menghargai. Kalau nak sesuatu minta kat mak bapak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !