Zhang Da

Farah Waheda Wahid
4
Source Extracted from FB
An interesting reading to share wif all of you...might be ada yang dah taw... Tapi, saja jer Farah nak share kat sini untuk sesiapa yang belum berkesempatan membaca lagi... Sedih gaks baca keysah nih... Hu hu hu... Al maklumlah...Farah ni kan penyedey... Kisah benar taw...
 
Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya dan tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya.
 
Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya dan sebagainya.
 
Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur2 untuk memberi tenaga. (Jamur2 tu aper...saya sendiri x tau...jap gi baru nak jumpa Cik Google...^_^ ngeee). Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memilih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan dirasakan tidak bersesuaian dengan lidahnya, dia tinggalkan dan berubah ke tumbuhan berikutnya. Sangat bertuah kerana dia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun.
 
Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Dia membawa keranjang di punggung (ooopsss sorry obscene cket di hari2 Jumaat nih) dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya dia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk dia pelajari.
 
Zhang Da, ternyata cerdas. Dia tahu ayahnya x hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Dia beli buku untuk dia pelajari caranya. Setelah boleh dia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya.
 
Kegiatan merawat ayahnya terus dijalankan hingga sampai 5 tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006, pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh2 inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselit nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi tokoh terpilih yang termuda...
 
Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung di media secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak2. "HIDUP MESTI TERUS BERJALAN. TIDAK BOLEH MENYERAH KALAH, TIDAK BOLEH MELAKUKAN KEJAHATAN. MESTI MENJALANI HIDUP DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB" katanya.
 
Setelah terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi, "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu? sekolah di mana? dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana? Pokoknya apa yang kamu hamu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar televisyen, mereka boleh membantumu!" jelas pengacara.
 
Zhang Da terdiam, suasana menjadi sunyi menunggu ucapannya. Pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.
 
Zhang Da yang saat itu, sudah berusia 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui televisyen, terdiam menunggu apa yang diingikan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, saya boleh membantu papa, saya boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.
 
Zhang Da tidak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya. TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perna dgr kisah ni...gigih kan Zhang Da ni..bdk skrg klu susah ckit je bkn nk keje..tp makin mnyusahkan adalah...tp tak semua la kan... :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar cite ni farah.... memang sgt menarik.. ..kagum dgn sifat dia....bilalah anak2 okje nk ada sifat macam Zhang da ni...
    Jamur tu cendawan la Farah...

    ReplyDelete
  3. aduh kesiannya dia...tapi cerita ni mmg memberi inspirasi...

    ReplyDelete
  4. Huhu, sedih dan kagum dengan beliau..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !