Sedih Menonton Zaiton Ceritaku

Farah Waheda Wahid
10
Source Extracted from Google
Masa yang ada, masa yang terluang hari ni, digunakan untuk menonton Zaiton Ceritaku... personally, sebenarnya cerita Zaiton Ceritaku nih banyak yang boleh diambil iktibar dan dijadikan contoh. Cerita perjalanan hidup seorang wanita yang semasa zaman kegemilangannya disanjung, dihormati. Biler dah jatuh tersungkur, dipinggirkan dan dianggap menyusahkan. Biasalah tu manusia kan? Yang paling menyedihkan biler ahli keluarga sendiri yang mengambil kesempatan di atas keadaan Zaiton Sameon tu, biler ahli keluarga sendiri berubah serta menganggap Zaiton tu menyusahkan mereka.

Hakikatnya, apa yang dipaparkan dalam filem Zaiton Ceritaku nih, memang adalah salah satu contoh apa yang sebenar-benarnya terjadi dalam institusi kekeluargaan. Bayangkanlah, apa yang dialami oleh seorang wanita yang hidup dalam zaman kegemilangan, zaman mahsyur, zaman senang, zaman bahagia, semuanya direnggut dalam sekelip mata saja. Anak yang disayangi pergi menyahut seruan Illahi. Tak boleh berjalan. Fikiran serta ingatan yang perlu dipulihkan. Ibu yang setia menjaga pergi juga akhirnya. Pada mulanya adik Zaiton bernama Shamsul menjadi pemberi semangat...tapi akhirnya adik dia sendiri pown x sanggup... Memang nak jaga seseorang yang mengalami masalah serta tekanan macam Zaiton tu bukannya senang dan memerlukan banyak kesabaran... Tapi ye lah... Allah lebih tahu kan setiap apa yang dia rencanakan untuk hidup seseorang itu... 

Banyakkkkk sangat pengajaran dalam cerita nih... apa yang jadi pada Zaiton tu, apa yang telah direncanakan oleh Allah... tapi... cerita ni sangat-sangat mendalam dan memberikan iktibar... 

Just a simple conclusion from me, biler manis memang banyak semut yang menghurung... biler dah habis manis... semut pown hilang... biler senang ramai yang mengendeng... biler susah.... biler jatuh, ramai yang suka amik kesempatan.... Fitrah sesetengah manusia... 

Dan kita sebagai manusia, jangan lupa, jangan alpa bila dah berada di atas, sebab dunia ni bulat, ibarat putaran roda, tak selamanya kita di atas, ada ketikanya kita akan jatuh ke bawah juga... Semuanya rahsia Allah SWT dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik serta apa yang buruk untuk setiap hambaNya... Wallahualam... 

Kalau kita lupa diri kita, di dunia ni pown kita akan terima balasan... (kata-kata dari filem ni sendiri.... )

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terbaik review ni...tapi sy tunggu kuar astrok je la baru nak tgk...

    ReplyDelete
  2. @Hatimi:
    erksss... occay ker review nih? tadi rasanya cam ayat tunggang langgang jer... heee...sebab menaip entry sambil menonton... tapi apa-apa pown tima kacih timi... ^_^

    ReplyDelete
  3. @Farah dapat rasakan apa yg cuba disampaikan dalam citer ni...mmg kesian dgn zaiton lepas accident...nama dia terus tenggelam.....

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak tengo citer ni...

    ReplyDelete
  5. Kalau best boleh layan jugaklah Farah!!!..

    ReplyDelete
  6. Teringin nak tengok bila baca review daripada Farah. Nampak menarik dan mesti banyak pengajaran yang dapat nanti :)

    ReplyDelete
  7. macam best citer ni..baca sini pun sudah terasa apalagi kalau menontonya

    ReplyDelete
  8. xpnh dgr pn cita nih..kuar pawagam ke..:)

    ReplyDelete
  9. @MAZLIZA ABD RAZAK:
    thanks sis...

    @nur anis:
    tengok tau jangan x tengok... ^_^

    @hainom OKje;
    OKje...layanz...

    @miza yusof:
    Farah tengok nilai disebalik citer nih... sangat-sangat menginsafkan juga...

    @Mama Rey:
    memang besh mama... ^_^ mungkin x sehebat cerita-cerita lain kat pawagam...tapi biler kita letakkan diri kita betol-betol dalam cerita ni, kita akan dapat rasa apa yang cuba disampaikan...

    @CikZaniff:
    citer ni ada ditayangkan kat pawagam...tapi entah kenapa publisiti dia cam kurang meluas jer...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !