Home » , , , » Prosedur Saman AES di Mahkamah

Prosedur Saman AES di Mahkamah


Source Extracted from Google

Jom baca sama-sama... ^_^ ... Sekadar untuk pengetahuan bersama... (eventhough katanya AES x applicable kat Selangor kat news hari tu...)

1) Setiap orang kena saman ("OKS") yang menerima saman mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada membayar tawaran kompaun yang dinyatakan atau tidak membayar kompaun.

2) Jika membayar kompaun, maka saman tersebut dianggap selesai dan OKS tak perlu hadir ke Mahkamah.

3) Jika kompaun tidak dibayar, maka OKS hendaklah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam Saman. KEGAGALAN HADIR pada tarikh yang ditetapkan, Mahkamah boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP terhadap OKS.

4) Apabila OKS hadir ke Mahkamah, jurubahasa Mahkamah akan membacakan pertuduhan mengikut kesalahan yang didakwa, contohnya:

"Bahawa kamu pada 23/9/2012 jam lebih kurang 10.00 pagi di KM 6.6 Jalan Kajang-Puchong (SKVE) dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor ABC 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku salah?

5) OKS mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada mengaku salah atau tidak mengaku salah.

6) Jika OKS mengaku salah, maka Mahkamah akan memberikan peluang kepada OKS untuk membuat rayuan hukuman dan kemudian barulah Mahkamah akan menjatuhkan hukuman.
*Hukuman di bawah Saman AES ialah denda minima RM300 dan maksima RM2000.

7) Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan suatu tarikh sebutan untuk membolehkan pihak Pendakwa (JPJ) menyerahkan segala dokumen-dokumen yang akan digunakan di Mahkamah untuk membuktikan OKS melakukan kesalahan. Dokumen-dokumen dan bukti-bukti termasuk gambar, video dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk membuktikan kesalahan OKS. Selepas semua dokumen diserahkan barulah Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Selagi kes tidak dibicarakan, OKS atau kenderaan OKS tidak boleh disenaraihitamkan. Jika OKS diwakili peguam, semua dokumen akan diserahkan kepada peguam dan peguam boleh memohon kepada Mahkamah agar kehadiran OKS pada tarikh sebutan selepas itu dikecualikan.

8) Proses perbicaraan kes Saman AES adalah sama seperti kes-kes trafik yang lain iaitu pihak Pendakwaan (JPJ) hendaklah memanggil saksi-saksi dan mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan kesalahan yang didakwa. Jika gagal, tuduhan boleh dibuang dan OKS dilepas dan dibebaskan. Jika berjaya membuktikan kesalahan, OKS akan dipanggil membela diri.

9) Jika di akhir kes, diputuskan oleh Mahkamah bahawa OKS bersalah, maka hukuman akan dijatuhkan dan hukumannya masih tertakluk kepada denda minima RM300 dan maksima RM2000. Tiada sebarang kos lain yang akan dikenakan.

Sumber:
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
5/12/2012

*Banyaknyer prosedur... hu hu hu... rasa-rasanya bayar jer la kalau dah kena... citer banyak-banyak pown lagi banyak kos... hu hu hu..
Terimakasih telah membaca artikel Prosedur Saman AES di Mahkamah. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

5 komentar:

  1. ooo..mcm tu ea..orait..noted..ad sebijik ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahaha... baru dapt surat aes semalam... lepas ni kena lebih berhati2

    ReplyDelete
  3. Hendaknya tak delah muka OKje dalam rekod diaorang!

    ReplyDelete
  4. @ayut:
    uikss...dah ader saman AES ker ayut? kena kat maner?

    @Enh Ear:
    dapat surat AES? kat mana kena? boleh share tak... hu hu hu...

    @Kelana Cinta:
    lepas ni kita bawak kereta cam siput ek?

    @hainom OKje:
    samalah jugak...ooopsss tapi kadang-kadang tuh lupa diri gaks bila dah driving...sedap jer tekan pedal tuh... hu hu hu...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.