My CSR: Parents Please Be Alert!

Farah Waheda Wahid
5
Source Extracted from Google
Setiap masyarakat ada tanggungjawab terhadap masyarakat yang lain juga. Sepertimana yang telah dikongsi oleh Datin Seri Tiara Jacquelina di dalam status FB beliau pada 30 Mac yang mana saya kurang pasti tahun biler... x keysahlah kan? Janji kita sentiasa beringat dan berhati2... Saya kongsikan di sini juga apa yang beliau update pada status tersebut...

Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak2 dan cucu2.
Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m...embelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya- melakukan kurang daripada 10 minit! Ini buatkan saya menggigil x sudah2.Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kisah ni pernah kuar surat kabar dulu...mmg cekap penculik2 ni...yg lebih sedih ialah ramai budak2 hilang ni tak dapat dikesan samada hidup atau mati...polis pon tak dapat setel kes....

    ReplyDelete
  2. @Asha Fantasy:
    kannn? macam2 cara orang sekarang nak buat jahat...

    @Hatimi:
    tu yang sangat menyedihkan... x dapat nak dikesan sama ada hidup atau mati...sampai x jumpa2 langsung...

    ReplyDelete
  3. @najihahfara:

    orang kan? nak buat jahat bukan kira tempat dah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !