Muka Akak Bulat! So?

Farah Waheda Wahid
7
Uhukss...muka akak nih bulat... jadi yang macam mana sesuai ek? Cam biasa jumpalah Cik Google... (citer aper nih? heee baca sampai habis pas tu nanty tau lah...) Sebab... biler mana jer akak pakai...mesti better half akak gelakkan uols... katanya nampak ketembam-man dan kebulatan muka tu terserlah... 

Terjumpa lah satu blog nih yang bagi panduan... ^_^ suka sangat... so sekarang dah dapat at least bits and pieces of the idea... 

Bentuk Muka Oval/Bujur

Source Extracted from SINI
Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Bentuk Muka Petak

Source Extracted from SINI
Ciri2 bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung. 

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Bentuk Muka Panjang

Source Extracted from SINI
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan. 

Bentuk Segitiga

Source Extracted from SINI
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagia rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat (Yang ni I loikeeee! ^_^...Ngee)

Source Extracted from SINI
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. 

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Inilah keysahnya pencarian saya... Ada saper2 yang nak tolong jadi sifu atau bagi tips? *_^ wink wink... In Shaa Allah... perubahan itu pasti menjelma... Nawaitu dah ada... Doakanlah akakmu or adikmu yang sorang ni ek... Semoga cecepat cket... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. muja bulat,, and still muja pakai je apa2 yang muja suke,, kih3,, orang tak pandai fesyen la kak,, hehe

    ReplyDelete
  2. @miza yusof:
    ye ke bentuk muka miza bulat? nanty akak cuba tilik2 kat blog miza...

    @Nurmujahidah Ismail:
    eh... occay jer akak tengok muja...mana ader x pandai fesyen... akak tengok pakai tudung kat header muja tu cantik aper...

    ReplyDelete
  3. x kisahlah bentuk muka mcm mane pun jnji hati baik hihi

    ReplyDelete
  4. nik tak tahu muka apa. persegi kot..hehe

    ReplyDelete
  5. Emmm jenis tudung apa plk untuk muka yg bulat-bulat.... lepas tu lebar-lebar, tembam-tembam mcm okje ni Farah!

    Kalau dah muka cam tu Okje, tak yah berangan nak pesen, pakai ajelah tudung yg ada ni... he...he... tak yah berangan nak berselendang2...

    ReplyDelete
  6. @najihahfara:
    betul dear... janji hati baik kan? kalau hati hitam, busuk lagi kotor apa pown x bley...

    @nik ros:
    heeee... ^_^... bujur kowt?

    @hainom OKje:
    boleh jer OKje kalau nak berfesyen dan berselendang...mesti vouge da vass...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !