Mee Bak Kut Teh Halal?

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Mungkin ada antara uols yang pernah membaca atau mendengar cerita mengenai mee bak kut teh yang dipasarkan dengan logo halal... Frankly speaking, saya terlepas cerita nih. Got to know about this pown from my better half yesterday. 

Macam ni ceritanya, my better half went to a supermarket on last Sunday and observed that mee bak kut teh yang dijual seperti gambar di atas kat pasaraya tu ada logo halal...Jadi dengan perasaan ingin tahu, my better half tanyalah dengan cashier tu... "Dik, mee segera bak kut teh nih ada logo halal boleh makan ke?"... Then, cashier tu jawab... "x boleh, sebab x halal"... Pas tu, accordingly my better half cakap ada malay couple/family yang nak beli mee segera nih... terus dia terdengar cashier tu bagi taw yang mee segera tu x boleh dimakan oleh orang Islam sebab x halal. 

Wut? Macam mana makanan yang x halal boleh lepas di pasaran dengan packaging halal? Sangat mendukacitakan kalau perkara ini benar2 berlaku. Takkan lah mender ni x dipantau kowt? Bagi nak dapatkan info lanjut, saya pown jumpalah Cik Google... dan mendapati artikel ini dari Berita Harian Online

BAK KUT TEH HALAL DIRAGUI - 2011/11/10 - 06:11:11 AM
Pengurus syarikat pengeluar dakwa produk disahkan tiada khinzir (saya guna bahasa yang sopan cket ek...
PETALING JAYA: Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran 'bak kut teh', yang sering dikaitkan dengan penggunaan khinzir sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu. 
Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA) 
"Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui 'bak kut teh' sinonim dengan khinzir. 
"Bagaimana makanan dengan ramuan haram dimakan umat Islam boleh mendapat sijil halal serta dijual secara terbuka tanpa sebarang pemberitahuan kepada pengguna," katanya ketika ditemui Sentral di sini. 
Kesal dengan kejadian berlaku, Yusmariati kembali semula ke pasar raya itu keesokannya untuk membeli mi segera berkenaan sebagai bukti tetapi mendapati ia tidak lagi dipamerkan di atas rak, sebaliknya disimpan di dalam stor oleh pengurusan pasar raya.  
"Pengurusan pasar raya itu berkeras tidak mahu menjual produk berkenaan tetapi apabila saya berkeras, mereka akhirnya bersetuju, itu pun pembelian dilakukan tanpa resit, tanda harga serta plastik yang tertera nama pasar raya itu," katanya.
Tinjauan Sentral mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan.  
Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan khinzir seperti dikatakan pengguna.  
"Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi khinzir, sebaliknya hanya resipi sup herba daging.  
"Bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya khinzir seperti disangkakan kebanyakkan pengguna. 
"Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk khinzir oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)" dan A K Koh sendiri dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu.  
"Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam," katanya. 
Sementara itu, wakil JAKIM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberi maklum balas segera berhubung produk keluaran A K Koh itu.
Petikan berita ni tahun 2011, tapi better half saya pergi tahun ni 2012 dan baru jer lagi bulan Disember ni kan... so what's the status? Daripada browse through session ngan Cik Google... kes ni dah dari tahun 2009 kowt? And saya x jumpa pulak mana2 kenyataan rasmi dari JAKIM berkenaan perkara nih... Ada orang nampak mee ni dijual kat JUSCO, ada orang nampak kat KK Speedmart, ada orang nampak kat 99 Speedmart... Hu hu hu...  And I found something HERE

Yang mana seperti yang dilaporkan oleh The Star... JAKIM pernah mengeluarkan kenyataan yang melarang mana-mana pihak untuk menggunakan nama Bak Kut Teh dalam produk mereka biarpown tidak mengandungi sebarang kandungan khinzir... So... cam mana sekarang nih? It's still in the market... 

Bagi saya, kalau dah status sesuatu tu meragui, x yahlah beli... cam saya sendiri... brand2 instant noodle yang pelik2 nih, memang saya xkan beli lah... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. btol tu. brg yg pelik2 ni tak yah la beli kan.
    maybe sebab murah sebab tu org berminat nak beli kot..huhu

    ReplyDelete
  2. @nik ros:
    mungkin jugak awak... tapi murah2 la juga kan? kita sebenarnya nak kena teliti betol2 dulu sebelum beli sesuatu barang tu...

    ReplyDelete
  3. Nampak tulisan luar packaging dia pun macam ngeri je farah!

    Tulah kan .....macamana pihak yang berwajib boleh terlepas pandang!!!hish!

    ReplyDelete
  4. @hainom OKje:

    OKje... kalau Farah nampak yang macam ni punya produk, memang xkan beli la walau macam mana murah sekalipun... dah lah diragui... so baiklah x payah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. kalau status ragu-ragu, so, tak payah beli... senang cerita..

    sebenarnya sy tak tahu pun isu ni sebab tak pernah beli pun produk tu... tapi bila sis post ni, tahulah serba sedikit...

    ReplyDelete
  6. ye ke Farah..nasib baik tak pernah beli produk ini..tq infonya Farah

    ReplyDelete
  7. kat malaysia ni sistem dah ada tapi bab2 penguatkuasaan pulak alahai....menyedihkan

    kalau org islam malaysia dah sah2 la tau bak kut teh takleh makan...tapi bila pelancong asing islam datang diorg ni 100% percaya dgn logo halal tu...lebih2 lg malaysia mewar-warkan kepada dunia yg kita ni negara islam....hub produk halal lah....

    biasa tgk mat2 arab yg dtg sini main sebat je pasal diorg ingat malaysia ni semua halal (bukan yg pg clubbing punya mat arab...)

    kdg2 rasa lebih yakin dgn makanan halal di negara bukan islam (kecuali singapore)...sebab kalau dah tulis halal mmg betul2 akan halal...pasal halal kat sana bukan utk marketing strategy...

    ReplyDelete
  8. @miz ruha, @Mama Rey:
    saya pown baru tau issue ni dari better half saya... kalaulah kita ni jenis yang x main sebat jer... hu hu hu... sangat malang lah bagi kita jawabnya...

    @Hatimi:
    sedey kan biler ader pihak2 yang tidak bertanggungjawab mempermain2kan isu halal ni... yang terkena tempiasnya pengguna... tu sebab kita kena sentiasa berhati-hati... hu hu hu..

    ReplyDelete
  9. hurmmm...ramai yang amik kesempatan dlm hal ni terutama pengeluar lah! sesedap ati jer bungkusan mee segera mcm tu tulis halal! aiyoooo...pihak berkuasa pun sila la tambah pegawai supaya penguatkuasaan boleh dilakukan secara menyeluruh dan berkesan...then pasaraya pun senang jer beli dari pengeluar dan jual kepada pengguna dengan tujuan nak kaut untung...pengguna juga patut berhati2 dlm memilih produk...


    10sen pendapat dr ai

    ReplyDelete
  10. xpenah jumpa pn..selalu klo cri maggi mesti yang cintan, maggi @ mamee..hihi

    ReplyDelete
  11. @elise eijal:
    betul tu pendapat you tu... i agree sangat2... diaorg ni suka ambik jalan mudah nak kaut untung...

    @CikZaniff:
    Farah pulak memang x pernah beli jenama lain selain dari Maggi... ^_^

    ReplyDelete
  12. tengok mee yg ade tulisan cina ke korea ke ape2 selain english & bm mmg x beli huhu

    ReplyDelete
  13. Kalau myu memang tak beli larh.
    Memang pelik produk ni.
    Bak Kut Teh ni memang selalu sinonim dengan khinzir.
    Takde maknanya dia kata daging lain. huhu

    ReplyDelete
  14. biasa la tu kak, negara kita ada pelbagai bangsa n agama.. bukan nak tuduh or racist, tapi memang sejak kecik selalu jumpa produk2 mereka yg meragukan kita sebagai umat Islam.. kadang2 mereka buat logo halal sendiri, bukan dari jakim.. eventhough produk mereka memang halal, tapi mereka terpaksa buat macam tu kerana ketiadaan modal berlebihan (kononnya).. hope kita semua akan lebih peka dengan sebarang produk lepas ni.. amacam serius x komen iha? huhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !