Mazmummah Di Dalam Hati

Farah Waheda Wahid
5
Source Extracted from Google
Readings I did, and sharing it with all...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer... bawak2lah senyum...tentu orang x takowt nak dekat punyer...)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena saki jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie...)

3. Hasad Dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi  bersama... - derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak...lagipun orang tamak selalu rugi...

** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan...cthnya time keje banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh...heh...)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ni no comment)..pasal semua orang ader egonya sendiri...cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. - Allah marah kalau kita riak...takabbur dengan aper yang kita ader...

9. Cinta Dunia
Tidak dapat menderita...dapat pown menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya... Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu... - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah.

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tq share ..harusla jauhi sifat2 yang seperti di atas tu..

    ReplyDelete
  2. :) moga dijauhkan sifat2x yg tak baik tu...tp kdg2x tu marah ye mmg marah..huhuu

    ReplyDelete
  3. perkongsian menarik...semoga bermanfaat utk semua....

    ReplyDelete
  4. @CikZaniff, @ayut, @Hatimi:
    semoga kita semua dijauhkan dari sifat-sifat begitu ek... In Shaa Allah... Aminnn...

    ReplyDelete
  5. Dah nama pun manusiakan ....tak lepas dari sifat-sifat tu semua, tak banyak, salah satu mesti pernah hinggap dalam diri ini, cuma kena balik semula kepada Allah ......

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !