![]() |
Source Extracted from Google |
Santeknya...bila lah dapat opportunity nih nak turun Sumatera jumpa sedare mare saner? Teringin sangat rasanyer... ^_^... Yesh, my mum is Minang breed from Sumatera... Originally ek... and bukannya Minang N9.... Jadiiii... today nak share ngan uols collection of peribahasa Minang... sesajer jer...
Alam Takambang Jadi Guru
Peribahasa utama orang Minangkabau yang memiliki erti bahawa orang Minang haruslah dinamis dan sepatutnya belajar dari alam. Orang Minang mesti boleh menyesuaikan dan mengembangkan dirinya di manapown dia berada. Orang Minang dituntut supaya menjadi Rahmatan Lil Alamin. (tak pasti sangat ler aper nih...)
Bak Sakawan Itiak Pulang Patang
Bagaikan sekawanan itik pulang di petang hari
Baudang Pulo di Baliak Batu
Ada udang di sebalik batu: mempunyai maksud tertentu.
Di Gunuang Mintak Aia, Di Lurah Mintak Angin
Minta air di gunung, minta angin di lembah: rencana yang tak mungkin diwujudkan.
Dek Nilo Satitiak, Rusak Susu Sabalango
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga: kerana kesalahan sedikit saja, semua pekerjaan atau perbuatan yang sudah dilakukan dengan baik akan rosak kerananya
Dicaliak Si Puluik, Ditanak Badarai
Dilihat seperti pulut ditanak berderai
Dima Tumbuah, Sinan Disiang
Cara memecahkan suatu masalah dengan langsung ke akar atau penyebab masalah itu sendiri.
Indak Kayu Janjang di Kapiang
Tak ada kayu, tangga pun dibelah: dalam berusaha, kita harus menggunakan segala cara dan usaha dengan modal seadanya.
Jo Sakapiang Papan Inyo Ka Tapi
Dengan sekeping papan dia ke tepi: dengan bersusah payah akhirnya dia mencapai tujuannya.
Ketek Paguno Gadang Tapakai
Sewaktu muda berguna, sewaktu tuapun menjadi lebih bermanfaat.
Manabeh Aua, Duri Sarumpun
Menebas serumpun bambu berduri: ada yang berupaya memecah kesatuan yang kuat.
Mandapek Sasikek, Pisang Bakubak
Mendapat sesisir pisang terkupas: mendapat sesuatu tanpa bersusah payah
Pinang Sabatang
Sama dengan pinang sebatang: seseorang yang hidup sebatang kara, tanpa sanak saudara
Pipik Ukan Sikua, Jaguang Ukan Sabatang
Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang: dalam rapat semua harus memberikan pendapat
Rancak di Labuah
Seseorang yang elok parasnya dan rapi di tempat umum, tetapi keadaan rumah tangganya tidak keruan
Saari Saalai Banang, Lamo-Lamo Menjadi Salai Kain
Sedikit2 lama2 menjadi banyak
Sabilah Papan Nan Rusak, Sabilah Juo Dipaeloki
Sebilah papah yang rusak, sebilah juga diperbaiki: orang yang bersalah menanggung akibat dari perbuatannya.
Sakabek bak Siriah Sarumpun Bak Sarai
Seikat bak sirih serumpun bak serai: persatuan kukuh dalam satu kelompok.
Sakarek Ula, Sakarek Baluik
Sekerat ular sekerat belut: orang yang tidak memiliki pemahaman utuh akan sesuatu perkara, sehingga suka mengelabah tanpa mengerti konsepnya.
Satitiak Jadikan Lauik, Sakapa Jadikan Gunuang
Mengembangkan apa yang didapatkan walaupun sedikit dan mensyukurinya.
Syarak Mangato, Adat Memakai
Syarak memberikan hukum, adat mengamalkannya.
Takuruang nak Dilua, Taimpik nak Diateh
Terkurung hendak di luar, terjepit hendak di atas: orang yang licik dan ingin menang sendiri (pendapat umum tapi sebenarnya itulah kebenaran itu, jika kebenaran dikunci, maka ia akan mendesak untuk dibebaskan, jika ia terhimpit, ia akan mencari cara untuk ke atas atau bebas.
Erks...ni jer la yang saya tau pown...lain x tau la pulak...nak kena nuntut dulu... x pandaiiii...mama saya yang pandai...
pening membaca peribahasanya
ReplyDeletelain benar bhs minang ngan bhs melayu kita ni
Minang...
ReplyDeleteooh org minang rupanya...
ReplyDeletedah tergeliat dah lidah nak baca bahasa minang ni...
@NoEn:
ReplyDeletekan kak? ^_^
@Kelana Cinta:
yeshhhh....
@Hatimi:
bukan Timi jer...saya pown tergeliat jugak... x pandai... yang pandainya mama saya... ngee... ^_^
ORG MINANG CANTEK2 :)
ReplyDeleteBoleh guno dlm berblogging ni Farah..he..he...
ReplyDeletelaa kita sama2 ada darah keturunan seberang la ekk.. atleast Minang ni ada dekat2 dgn loghat sini.. kalau iha keturunan Mandailing.. sekali diorang speaking, satu pun x faham, apepontakbley.. haha..
ReplyDelete