Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Farah Waheda Wahid
2
Source Extracted from Google
Assalamualaikum & selamat pagi Sabtu uols... Mesti besh kan sesaper yang kerja 5 working days dan adik-adik yang sedang bercuti sekolah or cuti sem memangler terbaek... ^_^... Tapi saya di sini... di pejabat... sedang bekerja... (Saturday kerja sangat aman occay, office senyap cket and more chillex... tapi hari-hari cenggini x ley lah...sangat x productive untuk organization development)
 
Baiklah, topik kita hari ini... Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar... (uikss dah bunyi cam rancangan forum or Wanita Hari Ini or Majalah 3 or Primadona plaks...ekekekekee) ... x derlah...sajer jer nak wat intro cenggitu...
 
Semua orang ada temper level memasing kan? Tapi setakat mana temper level seseorang itu, hanya Allah dan orang tu saja yang mengetahuinya... Orang lain x bley nak agak... Bila dah marah, dah temper, lain orang lain caranya... Ada yang diam membatu seribu bahasa, ada yang pattern-nyer plaks...mengomel x habis-habis, ada yang pattern-nyer plaks menangis tersedu-sedu serta sekuat-kuat hati, ada yang pattern-nyer plaks hempas barang kuat-kuat such as pintu ker, ada yang pattern-nyer plaks sebab sorang yang buatkan dia marah habis semua orang kena hampuk...
 
Uhuks... kategori yang manakah kiter? Yang nak citer hari nih, adalah bila seseorang marah habis semua orang yang terlibat kena sekali marah... ish ish ish...sangat kesian kay... sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Allah SWT pada darjat yang paling tinggi kedudukannya dan juga dikurniakan dengan akal fikiran yang waras... Seelok-eloknya kita kena bijak mengawal rasa kemarahan itu... Takkanlah orang lain yang buat salah, orang lain jadi mangsa kan? (Tapi kita semua manusia biasa yang x lari dari khilaf, saya x nafikan pown mender tuh...sebab kadang-kadang bila rasa dah tak terkawal sangat...apa pown bley jadi... hu hu hu... untuk saya setakat ni, Alhamdulillah masih lagi terkawal walaupown saya jenis yang cepat temper... Cepat temper, cepat sejuk taw... ^_^)
 
 
MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
 
Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.
 
Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.
 
Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.
 
Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.
 
Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
 
Disamping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah, dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.
 
Sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman di dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.
 
Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang. Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga" (Riwayat al-Bukhari)
 
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.
 
Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37)
 
Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.
 
Marah tu marah jugak ye tak? tapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap sesuatu perbuatan yang terlarang itu. Cara Islam adalah mengarahkan sifat marah semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukannya membawa kebinasaan.
 
Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat. bukan mudarat.
 
Moral of the story, kalau marah tu boleh ye tak...hak individu...tapi kawal-kawallah diri kita agar tidak terlepas dari landasan yang sepatutnya... Ooppss terpanjang pulak entry pagi nih... ekekekeke... ^_^

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya kalau marah sy akan diam
    suami dah tahu la kalo tiba2 diam tu ad la yg xkene...hihi

    ReplyDelete
  2. @NoEn:
    saya pown cenggitu jugak...kalau marah saya diam jer...malas nak cakap banyak-banyak dah...penat...nanty wat panas lagi ader... jadi sebelum melarat...baik diam...

    lepas tu nak lepaskan, biasalah... ada cara-cara yang tersendiri... hu hu hu... tapi yang paling mujarab adalah berwuduk bagi saya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !