Jangan Sesekali Buka Aib Orang...Jangan Sesekali Dedah Aib Sendiri

Farah Waheda Wahid
8
Source Extracted from Google
Ini adalah sekadar satu perkongsian saya dengan uols semua... Marilah kita sama2 muhasabah diri dan juga sentiasa beringat...
 
JANGAN SESEKALI BUKA AIB ORANG... JANGAN SESEKALI DEDAH AIB SENDIRI...

Dalam keasyikkan kita melayari dunia maya,melayan FB, Twitter dan mengemaskini blog, ingatlah satu perkara di atas. Biler rasa nak bukak aib orang...seelok-eloknya kita cermin dulu diri kita sendiri. Bila kita rasa nak dedah aib sendiri...baik kita fikir dulu berkali2.
 
JAUHILAH PERKARA2 KEJI YANG TELAH DILARANG OLEH ALLAH SWT. SESIAPA YANG TELAH MELAKUKANNYA, HENDAKLAH DIA MENUTUPNYA DENGAN TUTUPAN ALLAH SWT DAN BERTAUBAT KEPADA ALLAH. INI KERANA JIKA SESIAPA MENAMPAKKAN PERKARA KEJI (YANG DILAKUKANNYA) KEPADA KAMI, KAMI AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi)
 
Pesanan untuk saya sendiri sekali lagi dan uols semua yang saya sayang...jangan sekali2 membuka aib orang kerana aib kita akan dibuka pula di akhirat kelak. Sama2 kita saling menyimpan aib kerana ada hadis menyatakan tidak sempurna iman seseorang sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Jangan mengaibkan balik orang yang telah mengaibkan kita. Kalau kita buat balik apa yang dia buat dekat kita, maka x ada perbezaanlah kita dengan dia... sama2 dapat dosa. (Uhukss...puas hati cenggitu?) X ada cara lain, hanya sabar yang menjadi kunci menyelesaikan kemarahan. Di samping sabar, carilah hikmah kenapa Allah berikan ujian ini kepada kita.

Sekiranya ada orang berbuat salah kepada kita ataupun menyakiti kita sehingga terluka dan perit, ingatlah selalu, dalam undang2 pown seseorang pesalah yang didakwa membunuh sekalipown, diberi peguambela untuk membela diri. Malah dari segi undang2 hudud, seseorang yang mencuri tidak sewenang2nya dipotong tangan.

Tapi kannn.... dalam hal buka membuka aib ni, ada segelintir yang suka2 nak buka atau korek aib orang lain dengan alasan untuk tujuan menegur dan memberikan kesedaran atau meluahkan kesedihan. Adakah kita benar2 mengenali orang yang kita hendak tegur itu? Pernah x kita dengar kisah si pembunuh yang ingin bertaubat dan telah membunuh 99 orang sepertimana yang disebut di dalam hadis Sahih Bukhari?

Dalam kisah tersebut, si pembunuh telah membunuh 99 orang. Akhirnya timbul kesedaran kepada si pembunuh bahawa perbuatannya itu adalah berdosa besar dan beliau ingin bertaubat. Dia ditunjukkan dengan seorang Rahib. Apabila bertemu sang Rahib dan menyatakan keinginannya untuk bertaubat. Si Rahib mengatakan bahawa dosa beliau tidak boleh diampunkan oleh Allah. Oleh kerana kejahilan si Rahib itu tadi, maka pembunuh itu melakukan dosa sekali lagi dengan membunuh si Rahib. Akhirnya ia bertemu dengan Ulama' iaitu orang yang berilmu. Dan ulama itu tadilah yang memberikan jalan penyelesaian yang betul dan tepat, iaitu dengan pergi ke arah perkampungan orang2 baik.

Orang yang bertaubat ini bukanlah seperti orang yang ketagih hisap rokok dan ingin berhenti merokok. Makan ubat sahaja dah boleh berhenti merokok selama2nya. Seseorang yang ingin kembali ke jalan Allah, dia akan menemui liku2 dan dugaan yang berat2.

Dalam Islam ada adab2 menegur. Antaranya ialah dengan memberi peluang kepada yang ingin ditegur untuk memberikan penjelasan. Selain itu,kita boleh memanggil orang tersebut secara peribadi atau menegur melalui PM jika ianya di forum Internet.

Kata2 seperti "kalau ingin mengetahui kelemahan seseorang, tanyalah musuhnya" itu bukanlah suatu kata2 yang boleh dijadikan pegangan. Kerana sebagai musuh, walaupown ianya benar sekalipown tetapi ia berasaskan dendam atau dengki. Maka di sini, teguran tersebut lebih bersifat mengaibkan bukan untuk menunjukki jalan yang benar.

Ingatlah ilmu Allah itu luas, walaupown seseorang itu mempunyai ijazah dalam agama atau mahir dalam agama atau tinggi pendidikan agama, x semua mempunyai pengalaman yang luas seperti Tuan2 Guru. Ada bidang2 tertentu di dalam agama ini hanya yang difahami sebilangan kecil para Ustaz dan Ustazah dan juga difahami oleh para Tuan2 Guru. Jadi dalam bertanya untuk menilai orang lain, tanyalah dengan orang yang pakar, bukan kepada orang tahu.

Yang lebih baik, berakhlaklah seperti akhlak para Ulama keturunan Rasulullah dari Yaman, iaitu dari Tariqat Ba'lawi. Mereka berkasih sayang sesama orang Islam tanpa membuka atau mengorek2 aib orang lain!

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kita buka aib orang, nanti Allah pulak balas

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua tergolong dalam golongan yang tidak membuka aib sendiri mahupun aib orang lain...insyaallah...

    geleng pale jugakla dengan macam2 jenis status kat fb dan twitter...pejam mata sajalah...

    ReplyDelete
  3. Semoga kita tidak tergolong dlm golongan ini.... sekiranya terjadi tanpa sedar......beristighfar dan bertaubatlah.... Allah maha mengampuni hamba hambanya...

    ReplyDelete
  4. nice info...sy setuju dgn pendapat di atas...kalau nak tegur pon biarlah secara personal...

    ReplyDelete
  5. setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi Allah S.W.T ni ada balasannya. yang membezakan adalah baik buruknya perbuatan dan pembalasan :)

    ReplyDelete
  6. betul tu kak Farah.. jangan bukak aib orang, aib kita ni org taktau sbb Allah SWT yang tolong tutupkan.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !