Jaga2 Kesihatan Mental Kita Juga

Farah Waheda Wahid
10
Source Extracted from Google
Pepagi lagi dah bercerita pasal mental health, apa kes? Tetiber kan? Hari ni nak mengomel pasal kesihatan lah pulaks. ^_^

Selalunyalah kan, banyak kempen2 menjaga kesihatan yang diwar-warkan tapi kebanyakkannya secara general or lebih menjurus kepada kesihatan tubuh badan serta langkah2 pencegahan sesuatu penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan. Hurmmm... personally, saya rasa jarang nampak mental health campaign blast. Ada x ada, dulu kowt sekali tapi tahun berapa dah x hingat. Walhal mental health ni sangat penting occay. Kalau x jaga mental health betul2 atau x dititikberatkan dengan sewajarnya banyak sangat komplikasi buruk pada diri sendiri dan juga orang sekeliling kita. 

Kesihatan mental adalah berhubungkait dengan minda someone. Biasanya minda yang baik akan menunjukkan kesihatan mental yang baik. Keadaan fizikal seseorang x selalu mempunyai hubungan terus dengan kesihatan mental. Seseorang yang mempunyai badan yang sihat x semestinya mempunyai kesihatan mental atau keadaan minda yang baik.

Kesihatan mental seseorang menunjukkan keadaan minda orang tu, berdasarkan sikap atau sifat yang ditonjolkan oleh seseorang itu. Mereka yang mempunyai mental yang sihat akan mempunyai sikap yang positif dalam semua daya usahanya. Mereka mempunyai keyakinan diri, berdikari, tabah dan sabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Mereka akan berfikir secara rasional dan mengawal emosinya ketika menghadapi rintangan. Mereka juga tahu tentang kebolehan diri, tidak malu meminta pertolongan jika perlu dan menolong orang lain. Semua nilai ini mesti dipupuk sejak kecil lagi melalui tunjuk ajar ibu bapa, pendidikan agama dan pendidikan moral.

Sebaliknya mereka yang mempunyai kesihatan mental yang kurang baik akan bersikap negatif. Mereka tidak berani menghadapi masalah dan cepat mengaku kalah dan kurang yakin terhadap dirinya. Mereka juga cepat marah dan menyalahkan orang lain apabila melakukan sesuatu kesilapan. Mereka sentiasa gelisah dan mengalami tekanan hidup.

Ciri Kesihatan Mental:
Pemikiran yang Rasional
Bersikap Positif
Berdikari
Kasih Sayang
Tabah 
Sabar
Boleh Mengawal Perasaan
Boleh Menerima Kelemahan Diri

Oleh yang demikian (dah macam buat penutup karangan lah pulok)... Sama-samalah kita sentiasa menjaga kesihatan mental kita. Jangan sampai kesihatan mental kita terabai...Sayangi diri taw... Kerana ramai orang masih memerlukan kehadiran kita sama ada secara kita sedari atau tidak... ^_^

Ikut rasa binasa, Ikut hati mati...

Apa-apa pown... Ingat Allah dalam setiap langkah kita... In Shaa Allah kita akan sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya. Banyakkan zikir dan juga istighfar... X kira sapa pown kita di mata manusia... Allah tetap ada dengan kita... Yang penting hati kita kena sentiasa dijaga supaya bersih... Kalau hati dah hitam, kotor lagi busuk... apa pown x bley... Ishh...moga2 kita semua dijauhkan dari sifat sebegini... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. muja rasa ada masalah sikit kesihatan mental,, jerawat pun dah boleh buat muja rendah diri giler2,, :(

    ReplyDelete
  2. @Nurmujahidah Ismail:

    muja tu bukan masalah kesihatan mental la... ishh adik akak sorang nih... itu self-esteem... hu hu hu... jangan cakap macam tu ek dik...love you...

    ReplyDelete
  3. Kategori apakah mental Okje ni cik farah oiii...he...he...
    kadang tu negatif juga time meroyan ha...ha...

    ReplyDelete
  4. Tertinggal plk.... Dah salin kulit ehhhh!!!he...he...

    ReplyDelete
  5. erm, betul tu fara.. kesihatan mental mmng penting.. kerana ia terletak paling atas..setiap tindak tnduk kita bermula dari situ.. :)

    *ok fara..tQ for click2.. :) done click2 sini juga ya..:)

    ReplyDelete
  6. betul tu...kalau mental xberapa nk sihat, automatic fizikal pun jd xsihat

    ReplyDelete
  7. bunda juga setuju dengan Mimie Najib dan Noen..

    ReplyDelete
  8. @hainom OKje:

    OKje...kalau time meroyanz semua orang pown meroyanz...tapi kenalah jaga-jaga... jangan sampai meroyanz tu makan diri...ekekekeke...

    ha ah...dah salin kulit...tiada lagi kaki di kepala... rindu jugak ngan kaki tu...

    @Mimie Najib:
    sangat setuju dengan Mimie...

    @NoEn:
    kan kak? bahaya kalau mental x sihat nih... tapi biasanya orang yang mental x sihat dia takkan perasan... dia ingat dia sihat jer... ^_^

    @kak Nora:
    salam bunda...terima kasih kerana jejak kat sini hari ni juga... ^_^

    ReplyDelete
  9. hehe susah nak kesan tahap kesihatan mental ni....semakin maju sesebuah negara semakin tinggi juga statistik penghidap sakit mental....solution: mundurkan balik negara kita....(haha sori.... saje je buat2 mcm org sakit mental jap...)

    ReplyDelete
  10. @Hatimi:
    wakakakaka...terkejut akak baca tau tak... ekekekeke...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !