![]() |
Source Extracted from Google |
Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan kita akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak dapat menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kita mungkin akan memfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan terlalu sempurna kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya...
Bersederhanalah dalam persahabatan, In Shaa Allah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan.
kita kena jadi sahabat yang baik dulu kan, baru kita pun dapat sahabat yang baik juga...
ReplyDelete@nur anis:
ReplyDeleteyer betol! ^_^