White Chocolate is Me!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
2
Source Extracted from Google
Yummylicious kan strawberry yang disalut dengan white chocolate? ^_^. Of course ler saya cakap yummylicious sebab saya penggemar white chocolate instead of milk chocolate or dark chocolate... Seyes uols... white chocolate is simply awesome for me... ^_^ ngeee.... Lain orang lain lah kegemarannya ye tak? 

White chocolate dibuat dari campuran pepejal susu, mentega koko dan gula. X macam dark chocolate, ia tidak mengandungi pepejal koko. White chocolate bebas daripada kafein, yang mana ia merupakan satu pilihan yang terbaek untuk orang-orang yang mengelakkan pengambilan kafein atas sebab-sebab yang tersendiri. (eleh elak pengambilan kafein kunun... Starbucks tu mender?). Tapiii, nak tau tak few of the benefits for eating white chocolate?

ANTI-OXIDANT
White chocolate extracted from popular cocoa plant yang mana ianya dipercayai mempunyai anti-oxidant yang dikenali sebagai flavonoid. Flavonoids biasanya ditemui di dalam benih tumbuhan berwarna dan pigmen kulit. Apa penting sangat anti-oxidant nih? Dalam badan kita, anti-oxidant meneutralkan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kerosakan sel dan juga peningkatan risiko penyakit. Oleh itu, penggunaan atau pemakanan white chocolate boleh membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh.

MENGURANGKAN PENUAAN
Kajian menunjukkan bahawa anti-oxidant memainkan peranan dalam menjaga tanda-tanda penuaan di peringkat pra-matang. Dalam zaman sekarang nih, ramai orang yang tercari-cari cara yang paling berkesan untuk menghapuskan ciri-ciri wajah yang tidak diingini seperti jerawat kulit, pipi montel, cacat cela pada kulit and etcccc... ^_^.  Dengan menambahkan white chocolate dalam pelan pemakanan kita, ia akan dapat membantu mengurangkan dan akhirnya eliminates ciri-ciri yang tidak diingini itu.

MENINGKATKAN KESIHATAN KARDIOVASKULAR
Penyelidik mencadangkan bahawa white chocolate mempunyai kesan yang positif ke atas jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan memakan dark chocolate ia boleh meningkatkan peredaran darah dan mencegah berlakunya penyakit jantung. Sama juga, flavonoid yang ada dalam white chocolate boleh mencegah arteri daripada clumping together, sekaligus mengurangkan risiko kita untuk menghidap penyakit jantung. 

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ekekekeke...saper-saper yang ada temper tantrum elok nih. Pemakanan white chocolate dalam jumlah yang sederhana juga boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa anti-oxidant dalam white chocolate membolehkan saluran darah untuk berfungsi dengan mudah.

Even though, pemakanan white chocolate dikatakan tak ada apa-apa kesan sampingan yang buruk, always always always remember ek uolss... apa apa pown kalau terlebih sangat tak bagus. Tapi, trust me, white chocolate memang awesome... he he he... yelah cakap ni pown sebab peminat tegar white chocolate... 

Sumber diubah suai dari SINI

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mula2 tgk gambar tu ingatkan buah apa td....haha

    PS: siap kasik khasiat2 white chocolate lagi tu....

    ReplyDelete
  2. ekekekekee... ingat buah aper? ^_^ kongsi ler kongsi ler...

    ha ha ha... kunun-kunun nak suruh orang bersekongkol dengan saya la tu sukakan white chocolate dari dark chocolate...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !