Terasa Eksotik La Pulak!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
7
Source Extracted from Google
Uhukss...jangan terpedaya dengan gambar nih....dan janganlah ingat Cik Puan Buih nak tunjukkan sesuatu yang lucah kat sini ek? Cik Puan Buih cakap cenggini sebab 'itulah' impression pertama bila melihat haiwan/binatang nih buat pertama kalinya dulu semalam dalam rancangan MasterChef.... Sumpah, seumur hidup ini pertama kali kowt melihat dan tahu haiwan/binatang nih...

Pegi menuntut dengan Cik Google... keluar info dari beberapa entries dan salah satunya Kak Tie pernah wat entry pasal haiwan/binatang nih kat SINI. Hu hu hu... Memang honestly cakap... saya geli kay nengok mender alah nih....

Nama menatang nih adalah GEODUCK yang diklasifikasikan sebagai SALTWATER CLAM (kerang laut) sebab mempunyai cangkerang yang hampir serupa dengan kerang laut tapi mempunyai belalai seakan-akan belalai gajah sehingga boleh mencecah 1 meter panjangnya...

Kat dalam rancangan MasterChef tuh, diaorang diberi menatang nih dan juga coklat untuk dimasak... Alahaiiii....ciannya tengok diaorang yang sememangnya tak pernah jumpa or masak mender nih kena perah otak untuk masak mender nih... Tapi masak apa ek biasanya yang dibuat dengan menatang nih?

Cik Google cakap...Geoduck paling disukai di China dan sebagai makanan laut, ia mendapat status yang paling mahal. Orang Cina percaya Geoduck boleh menjadi perangsang seksual. Ia dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti hot pot Cina atau sashimi. Ia biasanya dimasak dengan kicap dan cili. Ia juga satu makanan gourmet di Jepun dan Korea.

Harga pulak sangat mahal, seekor Geoduck biasanya dijual sehingga RM 32 di pasar borong Seattle, US atau apabila dieksport ke Asia, Geoduck hidup boleh mencapai harga sehingga RM 160 setiap satu.

*Sapa pernah rasa? Tengok Chef kat tv tu selamba jer kunyah Geoduck nih terasa kembang tekak dan tertanya-tanya sedap ke? Ekekeke... ^_^.... Pelik pelik betol selera manusia nih kan? 

Sent from my iPhone

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nyue pon tgk siput ni dlm masterchef...time tu rs geli pon ad..besar sgt kot..eheheheh....

    ReplyDelete
  2. eiii geli plak tgok. bentuk pun pelik. kembang plak tekak. huhu

    ReplyDelete
  3. Okje ingat tangan! he...he... teringin nak cuba!

    ReplyDelete
  4. sian tgk joharis dlm masterchef...dia punya siput ni siap pancut2 air lagi...hihihi

    ReplyDelete
  5. menakutkan la rupa paras dia..akak penggemar seafood..sure x berani nak mencuba..

    ReplyDelete
  6. @Nyue:
    kannn...sangat geliiii... dan menyerupai tuut kowt... hu hu hu

    @Aimi Syahirah:
    ha ah sis...tengok pown kembang dan tak lalu nak makan kowt...

    @nur anis:
    memang pelik pown sis...

    @hainom OKje:
    hah...teringin nak cuba? boleh gi ke? hu hu hu... tengok chef sorang tu selamba jer kunyah... hu hu hu...mentah mentah lak tu...

    @Hatimi:
    haippp.... fikir aper tue...

    @SURIA AMANDA:
    bukan setakat akak...saya pown tak berani kak...belum cuba lagi dah rasa kembang tekak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !