Suka Giler Ngan Pai Tee... Nak Recipe Tak?

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
8
Source Extracted from Google

Saya memang penggemar Pai Tee. Especially from Chicken Rice Shop... Tapi, dari dulu duk carik-carik recipe cam mana nak wat or masak Pai Tee nih, only now yang dapat jumpa... sebab baru sekarang ada masanya nak mencarik... ekekekeke...^_^...belum cuba lagi...tapi nak cuba lah nih... tapi kongsi dulu ngan uols recipe dia... Nanty biler saya dah wat saya upload kat sini ek, share-share ngan uols sama ada jadi ataupown tidak... InsyaAllah jadi...

Bukan pasal inti dia yang saya tak tau tuh...tapi kulit dia tuh, cam mana nak wat kulit dia tuh yang blur...rasa banyak kali rasa kowt...tapi tak dapat dapat lagi cam maner kulit tu dibuat... wakakakaka...nampak sangat am not that good in cooking though... ^_^...Ye lah kita manusia mana ada yang perfect ye tak? Kalau ada orang yang ngaku dia perfect tu... aiyooo...there's must be something wrong with that person... Yang perfect tu hanya Allah.... Occay... berikut adalah recipenya yang nak dikongsi nih:

Bahan-Bahan:
  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 200ml air
  • Sedikit pewarna kuning - jika suka
Bahan-Bahan untuk Inti:
  • Carrot - dihiris nipis atau diracik
  • Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
  • Timun - dibuang empulur, dihiris atau diracik
  • Bawang besar - dihiris dadu kecil.
  • Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Bawang merah - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Udang kering - direndam dan ditumbuk
  • Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
  • Kacang tanah - digoreng, ditumbuk kasar
  • Bawang goreng
Cara Membuat Kulit Pai Tee:
  1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata-rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau sebati.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
  5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
  6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
  7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.
Cara Membuat Inti:

  1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
  2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuan sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
  3. Untuk menghidang, masukkan inti ke dalam kulit pai tee dan ditabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
  4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

NOTA TAMBAHAN:

  1. Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
  2. Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Acuan Pai Tee? Tadaaaa....

Source Extracted from Google
Tima kasih daun keladi kepada Hasue: I Love My Life...sebab sudi kongsi recipe nih...Recipe nih dia lah yang wat entry tau... Jom cuba? Sapa yang cuba dulu dari saya, silakan kongsi ek experiences uols... ^_^ mana lah tau kowt ada yang rajin dulu dari saya?

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. whoaa nak cuba buat rasa mls. hehe. sy only terer dalam bab mkn :p

    ReplyDelete
  2. ewahhhh...ewahhh...dah ade peningkatan dear..
    nak try jugak..tapi banyak bahan2 die lah...tak sanggup cik..cik nak makan jew...pos lah kat cik sikit :DD

    ReplyDelete
  3. ooh yg mcm kat chicken rice shop tu ke...baru tahu pai tee namanya...haha

    ReplyDelete
  4. @Nurfaezah Abdullah:
    semua orang terer bab makan...termasuk saya... heee... ^_^

    @Cik Azlyzah:
    haippp... kata b2b... ni tolong Cik nih bagi recipe...nanty bley buat untuk suami... *pas tu bley pos kat kita pulakkk...

    @Hatimi:
    ni mesti kes tau makan jer nih... ^_^

    ReplyDelete
  5. cik tak suke masak kalau perlu banyak bahan lah dear....haiyakkkk.sifat malas memang tak bleh bla dah..hahahahaaaa (gelak bangga :D )

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipp... babab karang... nak jadi isteri orang x bley malas2 tau....

      Delete
  6. haha tulah tau makan je....sampai nama dia pun tak tau...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !