![]() |
Source Extracted from Google |
Perkongsian dari Datuk Dr Maznah Hamid...
Berlengah-lengah adalah tindakan menangguhkan hingga esok sesuatu yang sepatutnya dilaksanakan hari ini. Banyak sebab orang suka berlengah-lengah. Ada sesetengahnya memang salah kita sendiri. Mereka suka sangat buat sesuatu di saat-saat terakhir!
Bahaya berlengah-lengah banyak dan pelbagai, atas sebab itu kita mesti mengelakkannya dan pastikan tugas terlaksana!
Bahayanya adalah kita kesuntukan masa bagi menyiapkan perkara yang dijadualkan.
Kita mungkin melengahkan perkara yang kita tidak suka buat. Ia mungkin kerja yang kita tidak lihat kepentingannya. Kerisauan menjadi berserabut! Mungkin lebih lama kita bertangguh, orang lain pula akan membuat keputusan bagi pihak kita. Tentu kita tidak suka kannn?
Suka saya kongsikan tips bagi menghindari sifat berlengah-lengah:
- Melakukan semua perkara dalam senarai perlu tanpa sebarang alasan!
- Minta orang lain lakukannya bagi pihak kita.
- Cari jalan menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat, baik dan terjamin
- Pecahkannya kepada bahagian lebih kecil dan selesaikan sedikit demi sedikit.
- Ketahui kenapa ianya penting... antara hidup & mati!
- Jelas dengan matlamat dan apa yang ingin dicapai
- Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila dapat melakukannya
- Jujur dengan diri sendiri berkenaan beban kerja
- Peruntukan masa kerana hanya anda saja yang tahu bagaimana anda menghabiskan masa
"Know the true value of time; snatch, seize and enjoy every moment of it. No idleness, no laziness, no procrastination; never put off till tomorrow what you can do today!" ^_^
*Saya pown kekadang ada gak berlengah-lengah.... ekekekeke... ^_^... biler mood kureng... ye lah kita semua kan manusia biasa...moga-moga berjaya lah hendaknya kita semua dan tambahlah ilmu kita dengan apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Maznah Hamid nih... cam saya kata dulu...rasa malas tuh kekadang kena kuat gilers untuk lawan.... ^_^ kalau x tewas ler kita... x leh layanz sangat rasa malas tuh...
betul ckp dr maznah....tapi yg bab suruh org lain buat tu mungkin tak sesuai utk semua org...
ReplyDelete@Hatimi:
ReplyDeletesetuju....!!!! bab suruh orang lain buat tak semestinya bersesuaian dengan keadaan tertentu...
Ni memang tak boleh lari dari OKje ni he..he...kadang tu terlepas jugak..ha...ha..
ReplyDelete@hainom OKje:
ReplyDeletesamalah pown... ^_^