Salam & hye peeps... Inilah dia collection novel Melayu terbaru saya... ^_^ . Ada lagi satu... tapi habiskan satu-satu ek dulu? Occay belum habis baca sebab baru beli semalam... but just wanna share the synopsis wif uols...
"Aku tak bersalah! Aku tak buat semua tu! Sumpah! Aku tak buat benda jijik ni."
Zaliya terperangkap. Sungguh, dia tidak lakukan. Dia tahu, adabnya sebagai gadis Muslimah. Harga dan maruah dirinya dijaga rapi, namun semuanya hancur apabila semua itu tercalar bila dia dituduh berkhalwat.
Demi menutup aib keluarga, dia terpaksa disatukan dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Hubungan suami isteri hanya pada nama. Mana mungkin dia dapat terus berdamping dengan lelaki ego, bengis, sombong dan angkuh seperti Zahid. Apatah lagi, sikap Zahid yang acuh tidak acuh membuatkan rasa sedikit goyah dengan layanan Zahid.
Tanpa disedari, hati masing-masing telah mula timbul bibit-bibit cinta. Keegoan menjadi penghalang hubungan mereka daripada terus berputik.
Zahid sudah tidak mampu lagi untuk menipu perasaannya. Dia tepikan ego untuk memikat hati isterinya. Pelbagai cara diusahakan sehingga hati si isteri berjaya ditawan.
Namun, di saat hati mereka mula bersatu, ada sahaja rintangan demi rintangan yang menghalang hubungan mereka berdua. Cinta yang baru bermula itu kembali jauh. Kembali menampakkan jurang.
Mampukah untuk mereka teruskan hubungan itu? Adakah rintangan-rintangan yang melanda mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang yang sudah menebal? Atau cinta mereka sebenarnya cinta yang tak sempurna?
Permulaan cerita x membosankan, dan menarik minat untuk terus membaca... Hurmm... x sabar plaks nak tau ending-nya... tapi saya ni naughty cket... nanty tengah tengah baca saja jer skip pages... wat speed reading just because nak tau what's next... pas tu nanty baca balik dengan proper... ekekekeke... ^_^ Ada orang kata x besh ar cenggitu nanty hilanglah thrill... tapi nak wat cam ner...kadang-kadang tak ley nak tahan kowt demand tuh... hu hu hu...
Farah ni sama jer mcm kawan opis akak..suka skip pages...
ReplyDeleteHuhuhu..sinopsis cam drama tv9-terlanjur cinta je..eheheh..cam best kan..borrow akk..ehehehe
ReplyDelete@Amanda Suria:
ReplyDeleteKak...kadang-kadang tu x sabar... nak tau ending dia...kan cheong sangat...
@Nyue:
boleh jer nak borrow... ^_^