My Recipe Box #3: Ayam Masak Merah

Inilah masakan saya untuk luncheon @ home today!
Cik Puan Farah kembali lagi dalam segmen My Recipe Box... ^_^... Nampak x gambar kat atas? Nampak x?  Inilah hasil masakan saya hari nih... Sedap ke? Ntah... sendiri masak takkan lah nak angkat bakul sendiri kan? Biarlah orang yang merasa yang menilai... Okies...Nak share dengan uols my recipe... 

Ingredients:

1 ekor ayam
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
1 1/2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 senduk kuah yang kecil tomato sauce
2 senduk kuah yang kecil chilli sauce
1 senduk kuah yang kecil cili kering yang dah di-blender
2 bunga lawang
1 1/2 inci kulit kayu manis
Garam
Gula / Serbuk Perasa

Methodology:

1. Goreng dulu ayam yang dah dipotong-potong tu. 
2. Lepas dah goreng ayam, tumiskan bahan-bahan yang dah diblender iaitu halia, lengkuas, serai, bawang merah dan bawang putih, together-gether dengan bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumiskan sampai naik bau dan warna kuning keemasan.
3. Bila tumisan dah jadi warna kuning keemasan, masukkan tomato sauce, chilli sauce dan juga cili kering yang dah di-blender tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan sauce tu sampai berminyak.
4. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula/serbuk perasa dengan secukupnya. Kacau dan gaul dengan rata.
5. Biarkan masak seketika.

Lepas tu boleh tutup api...dan makan! ^_^
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.