Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Jalan-jalan di blog Akak Di Balik Pintu terbaca satu entry yang menarik dan ingin dikongsi di sini:

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita di saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa dicipta dari Adam A.S. saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasa sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian di hadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga Qalbu. Oleh kerana itu, Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang besi dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang penurut. 

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah SWT menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W.,jika seorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya. 

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka, wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. 

Pesan Kakak di Sebalik Pintu:

Walau apa-apa pun iktibar dalam kisah ini, Adam diciptakan dengan pasangannya Hawa kerana cinta Allah pada makhluknya, cerita ini mengajar kita untuk saling menghargai makhluk ciptaan Allah, Hawa tidak dicipta daripada kepala untuk disanjung dan tidak dicipta daripada kaki untuk dijadikan hamba namun dicipta dari sisi Adam untuk didampingi dan dilindungi...

Yang baik kejadian itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan diri kita... Wallahu'alam...

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !