Cerita RM 1 dan RM 100...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Self-Explanatory... Source from Oh! Media FB Page...

Uols semua pown tahu kan, duit RM 100 & RM 1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian, mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut.

RM 100: Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?

RM 1: Kerana selepas aku keluar dari bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan di tangan pengemis.RM 100, kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?

RM100: Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik dan aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!

RM 1: Pernahkan engkau singgah di tempat ibadah?

RM 100: Hurm, tidak pernah. Kenapa?

RM 1: Ketahuilah walaupun aku hanya RM 1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan di tangan anak-anak yatim bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.

Akhirnya, menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. 

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH. 

Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Artikel asal oleh Ustaz Nasir

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !