Ayat Maut Seorang Perempuan

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Ini adalah dari pandangan orang-orang lelaki... might be ada yang betol, dan ada yang tidak...jom kita go through...

Disebabkan oleh orang perempuan ni jiwanya halus, selalu je kita dengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang mana sometimes orang lelaki just don't get the meaning pown. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. But then, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ni telah pown dianalisis oleh some of the guys out there yang to them the conclusion are?

OCCAY... FINE!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

BAGI SAYA 5 MINUTES...
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang wanita cakap sebenarnya bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak mamak layan bola, balik rumah balik.

TAK ADA APA-APA
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

PERGILAH BUAT! TADI KATA NAK SANGAT!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnya tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi jangan buat.

KELUHAN KUAT
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.

TAK APALAH
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

TERIMA KASIH
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"...he he he

APA-APA AJE LAH (ATAU DALAM ENGLISH, WHATEVER!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You! Jadi awas...jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

JANGAN RISAU, SAYA DAH TAU MACAM-MANA NAK BUAT
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang bak kata orang-orang lelaki. Apa kata uols as woman? Betol ke tak? Only you could confirm these...

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !