Wanita Nampak Cepat Tua Sebab...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
2

Source Extracted from Google

Jenjalan di pagi hari dan terbaca banyak juga blog-blog yang publish citer yang hampir sama dengan content yang hampir sama... ;) dan sekali lagi... saya pun nak share jugak apa yang saya baca di blog-blog mereka....

"Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua"

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk... tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami...layan jer sambung makan, buat-buat x dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya...takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapaknya akan tido mati terus, kalau yang dengar pun buat-buat tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya, wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker aper ker...xkan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuannya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya...nak itu, nak ini. So, wanita pun membebel, marah-marah dan bila marah-marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua...

Kesimpulannya... wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI... Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia...

Well, from statement dari entry kat atas yang saya baca di beberapa blog... From my perspective, it's true yang suami perlu menghargai isteri... but then again... wanita zaman millenium or woman nowadays, dah semakin bijak dan pandai menjaga diri dan mementingkan ketrampilan... It's all depends on the person itself untuk menjaga self well-being...

Betul, ada keadaan-keadaan yang kita memang tak dapat elakkan such as kurang tidur malam sebab anak meragam or merengek nak susu, tak dapat rehat yang secukupnya yang sebabkan diri  nampak lesu dan tak bermaya... tapiiiiiii..... masih ada cara untuk elakkan diri dari cepat nampak tua... betul tak? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.... Dats what I think... Tapi x semestinya orang akan bersetuju dengan pendapat saya nih...

All in all, terpulang pada diri sendiri mcm mana nak manage diri sendiri dan life... And what's most important, jangan tuakan diri anda sebelum tiba masanya... (maksud dalam, tapi olahkan sendiri la ek?)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul betul betul....wanita kene alert selalu la maklumat yang di share ni....

    ReplyDelete
  2. kannn? in order to look good and to look beautiful... kena la wat keje sikit kan? and kena la rajin serta ada disiplin kan? :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !