Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Erks... Statement ke Confession nih? Ekekeke... yesh, statement dan juga confession...amacam boley tak? Uhuksss.... alamak... ini statement dan confession bikin panas nih.... Sabar, sabar...jangan jump into conclusion cepat sangat...jangan cepat mengelupur ataupun mengelabah...

Source Extracted from Google
Tada...inilah dia koleksi novel terbaru dalam simpanan saye yang di-grab di kedai buku tadi selepas habis waktu kerja... Hik hik hik... Ni lah bahayanya office dalam shopping complex kan? lols... Dua langkah ke kiri jer dari Cik Toi office dah masuk ke shopping complex, dah tu dalam tu memacam la ada kan? Memang ade jer la nak dibeli... tu yang buatkan better half saya sangat risau, sebab saya ni pantang jumpa sesuatu yang menarik perhatian... kejenye nak shopping je la... muahahahaha.... Tapi, cerita ni cam menarik... Kay, saya kongsi cket sinopsis dia ek?

Sinopsis Novel:

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu  lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan, apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia redha kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" Syafa Aqira

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Untuk diri sendiri, kalau nak tau ending kena la cepat-cepat habiskan buku yang setebal 897 m/surat ini. Untuk uols...kalau interested... pinjamlah or grab-lah cepat-cepat buku ni kat kedai buku... ;) Harga buku... RM 30.00 hinggit... heee.... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !