Imam Al-Ghazali: 6 Perkara Yg Mendorong Seseorang Itu Mengumpat

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
2
Source Extracted from Google
Dah dekat-dekat bulan puasa nih, jomlah kita sama-sama muhasabah diri... tapi sebenarnya bukan bulan puasa jer pun... bulan-bulan lain pun nak kena sentiasa muhasabah diri... Stumbled upon a published photo in FB and just wanna share the things dengan uols untuk kita sama-sama muhasabah diri kita... 

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah SWT. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. 

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam Al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

#1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

#2: Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

#3: Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

#4: Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

#5: Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan 

#6: Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam Al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:

#1: Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

#2: Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;

#3: Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Source: FB

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mak sy selalu pesan 'jgn ngumpat nanti terkena kat diri sendiri baru tau'...hehehhehe...

    ReplyDelete
  2. betul betul... mak saya dan better half saya pun pesan... diaorang suruh jaga mulut... hu hu hu... kerana mulut badan binasa... hari ni kalau kita cakap orang esok esok nanti... kalau terkena kat batang hidung sendiri baru padan muka... eee... x mo ar...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !