Things You Shouldn't Say to Your Better Half

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya... Hanya dengan beberapa perkataan jer boleh ubah hidup kita. Hu hu hu... Bahaya sungguh... There are few things that you shouldn't say to your better half if you really want the relationship to last...

Some of it: 

"You tau, ex I pown pernah buat macam tu"
Tak kisahlah sama ada itu satu pujian ataupun penghinaan. But it is satu tindakan yang tidak bijak untuk membandingkan better half kita dengan ex kita. Dia akan mula berfikir yang kita ni sentiasa membandingkan dia dengan si ex. Kita mungkin success membuat dia berfikir yang kita mahukan si ex kembali.

"Oh, I ada bagitahu u tentang rahsia besar Tina ke?"
Lelaki TIDAK suka nak tahu tentang rahsia kawan-kawan kita. Simpan jer rahsia tu sendiri, terutama yang agak personal. Lagipun, lelaki ni ada jenis yang tak pandai sangat nak simpan rahsia. Bukan semua ek... ade segelintir...

"Bila kita kahwin nanti..."
Bila kita mula terfikir tentang perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin dengan si dia, tak semestinya si dia pun macam tu. Sebelum mula bercakap macam tu, pastikan si dia pun dah mula terfikir macam tu. Kalau tak, kita akan menakutkan dia.

"U rasa awk kat tepi tu cun?"
As what people always say, "Talk about a deer caught in the headlights!"
Tak ada cara untuk dia terlepas dengan selamat dan dia mungkin akan kecewa atau bengang kerana meletakkan dia dalam situasi sebegitu. Bila kita tanya soalan sebegitu, dah tentu kita merujuk pada awek yang dah tentu cun. So, kalau dia cakap, awek tu tak cun, maka dengan jelaslah nampak menipu. Jika dia akui yang awek tu cun, maka kita akan nak tau sama ada awek tu lebih cun dari kita and so on so forth. Lebih baik jangan tanya occay? Nanti jadi gaduh jer...

"Eh takde ape la. I ok je."
Kenapa kita nak cakap macam tu sedangkan dia BOLEH NAMPAK yang kita tengah runsing atau gelisah dan langsung tak nampak macam kita nak sembunyikan benda tu dari dia. Perangai sebegini boleh buat dia rasa macam nak cabut semua rambut dia (selalunya orang tension kan suka nak tarik rambut?). Apa yang lebih teruk, dengan terus menidakkan yang kita tengah runsing / tension, ianya kelihatan seperti kita ni cuma nak tarik perhatian dia atau buatkan dia merayu kat kita untuk bagi tau apa yang tak kena. Kalau selalu buat macam ni, dia akan jadi letih dan malas nak layan dah.

"Apa yang u fikirkan?"
Ini mungkin soalan yang paling lelaki benci bila ditanya. Kadang-kadang pemikiran lelaki ni agak complicated. Jika si dia duduk senyap je depan tv atau mungkin termenung tepi tingkap, tak bermaksud diaorang memikirkan sesuatu yang ada kaitan dengan kita atau hubungan dia dengan kita.

Dan banyak lagilah perkara yang tak patut dicakap pada better half kita, tapi ini adalah antara yang selalu atau paling hangat. So, marilah kita fikir betul-betul dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membuka mulut....

Credit: http://baikpunya.net

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !