Love Letter from My Hubby to Be...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Masa BW hari ni... terbaca di blog Amirah Zulhijjah satu entry yang menarik dan jugak membuatkan kotak pemikiran berjalan menerawang seketika... Love Letter from My Hubby to Be ataupun Surat Cinta dari Bakal Suamiku... Jom kita baca ape yang Mira hup-date dan kongsi...

Bak kata Mira...Baca setiap ayat dengan cool dan relax...

Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s) 

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya sepertimana I akan terima you dan diri you yang sebenarnya. Lagipun I tahu yang you ni memang comel. Dan baik, Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check Facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring daring kat Facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macamlah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat Facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di Facebook tu, janganlah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even coklat tu jatuh ke lantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? 

Lagipun you tahu, tak ada lelaki di dunia ni, yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. 

My future wife(s)

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak berharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk rumah jaga I. I bukan mintak dilayan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagipun bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun, apa salahnya. Aggresive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau diikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaiklah. Tambahan pula, bagi kita setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife(s)

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi, jangan salahkan I kalau I tambah lagi satu isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay, tak-tak. I tak nak bini 3,4. Banyak sangat, bukan tak mampu tapi... Ehem...

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagipun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan makcik tukang masak tu.Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi, kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So don't trust them. 

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So, cepatlah cari I. I takutlah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. 

So, what do you think? 

Semua orang inginkan jodoh yang baik. Kita tak minta terlalu sempurna. Tapi cukuplah dari insan yang membuatkan kita sempurna bila bersamanya. Apa yang Allah anugerahkan itu dah cukup baik. Tugas kita adalah mensyukuri nikmat yang Allah pinjamkan itu...

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !