Shhh... It Suppose to be a Secret!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
To those yang x tau apa maknanya rahsia, silalah faham maknanya dari definisi saye ek? Bukan definisi standard... tapi definisi saye... kepada yang lain terpulanglah nak tafsirkan macam mana... 

Biler kita kategorikan sesuatu tu sebagai rahsia, it is something atau sesuatu perkara yang sepatutnya tidak dihebahkan dari satu mulut ke satu mulut sehingga menjadi hot topic of the day, hot topic of the month and hot topic of the year or decade...lama-lama bila sampai dari satu mulut, ke satu mulut yang lain, cerita asal pown dah di-elaborate dan ditokok tambah dengan perasa supaya jadi lebih sedap.... rahsia pown dah tak menjadi rahsia lagi...Selalu kan terjadi macam ni? 

KEPADA PEMEGANG RAHSIA (kita semua la... semua orang ada rahsia memasing kan? mesti ada takkan tak ada kan?)... berhati-hatilah ketika ingin berkongsi rahsia kita... Sebab ape yang kite kongsikan tu mungkin melibatkan aib kita, air muka kita dan juga reputasi kita... Pilihlah orang-orang yang betul-betul kita kenal dan kita percayai...bukannya biler kita tengok someone tu baik dengan kita, nampak boleh dipercayai kita main boh jer duk cerita rahsia kita kepada dia... Yelah... sometimes in life we need to share something about what we've been through or feels or experience with someone we trust... Kadang-kadang biler dah x tertanggung of course kita cari tempat berkongsi... We are all normal human being...x dapat nak lari dari fitrah nih... almost semua orang ada seseorang yang jadi heart puncher mereka...

KEPADA YANG MENJADI PENDENGAR SERTA PENYIMPAN RAHSIA... bila orang dah percaya untuk ceritakan pekung kat dada mereka or rahsia mereka... simpanlah rahsia tu sebagai amanah... don't break the trust that others has given to you... jangan pulak kita menjadi orang yang menghebahkan ... it doesn't serve the purpose la orang tu kongsi rahsia dengan u... kesian orang tu... cuba kita duduk kat tempat dia, of course kita tak nak cerita tentang diri kita kecoh satu dunia... 

And then lagi satu, bila kiter jadi penyimpan mohor-mohor besar di raja nih...janganlah pulak sebab kita simpati, sebab kita sayang, sebab kita nak tolong jernihkan keadaan...kita pandai-pandai buat tindakan sendiri yang kita rasa bijak yang akhirnya memakan diri sendiri, bila rahsia tu tersebar dan orang yang jadi pemegang rahsia tu rasa marah dekat kita dan labelkan kita sebagai mulut tempayan... Kan x sedap biler jadi macam tu? Dia cerita kat kita, supaya kita tau, supaya dia dapat berkongsi dan supaya kita dapat bagi pendapat... tapi bukan pendapat yang boleh memburukkan lagi keadaan... sebab tu orang selalu cakap berfikir sebelum bertindak dan mengeluarkan kata-kata...a tongue has no bones, but it can break a heart easily....!!!

Rahsia tu amanah... Amanah tu ape? As example la ek... kita tahu tentang keburukan / keaiban seseorang, x pernah terdetik untuk kita buka aibnya / menceritakan aibnya... sebab definisi amanah tu sendiri universal...saya sesuaikan ajer dengan cerita entri nih... so amanah tu pendek kate kepercayaan seseorang la pada kita dalam konteks nih...

Senang kata, semua rahsia yang kita harap apabila kita berada di situasi PEMEGANG RAHSIA, adalah amanah untuk kita simpan. Suka ke kita bila rahsia kita diambil kesempatan oleh orang lain? dan yang pasti, kalau kita tidak amanah dengan manusia, sekalipun kita amanah dengan Allah SWT seperti menutup aurat dan menjaga solat, ingatlah bahawa dosa dengan manusia adalah hutang yang perlukan kemaafan dari manusia juga untuk dilangsaikan... payah kalau jadi mcm nih... kalau orang tu jenis pemaaf walaupun perit pada dia takper...kena orang yang memang keras hati, kepala batu dan susah nak maafkan orang, tak ke naya? 

X la kate bercerita rahsia pada orang tu x boleh... macam saya cakap tadi...kita kena betol-betol pilih siapa orang yang kita nak kongsi tu... dan kita kena bijak untuk berkongsi rahsia... Kalau rasa-rasa ada terselit keraguan... pilihlah yang mana bersesuaian dan cukup sekadar untuk kita meluahkan apa yang perlu...x yah la dalam-dalam sangat pown...Janji beban kat dalam hati dan otak kita ringan sikit... 

Yang jadi PENDENGAR dan TUKANG SIMPAN RAHSIA.... dah tau ... zip jer la mulut... cukup sekadar kita tau....x yah lah nak propa sangat gi sampaikan pada orang lain, sebab kita ader cerita best nak kongsi... Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam... Itu yang sebaik-baiknya kalau nak elakkan sesuatu tu dari jadi lebih buruk atau melarat... Sebab biler kita jadi tukang hebah nih, tak pasal-pasal kita tergolong dalam golongan-golongan yang rendah IQ walaupun kita sebenarnya terpelajar... tak pasal-pasal kita nih tambah dosa, dosa mengumpat, dosa jadi penjaja cerita, dosa x amanah, dosa buat assumption atau tanggapan pada orang... NAUZUBILLAHMINZALIK... 



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !