Mawar Nafastari - Wanita Tabah & Cekal yang Saya Kagumi

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
3
Source Extracted from Google
Setahun yang lalu, secara x sengaja masa tengah bosan-bosan kat rumah... Saya BW ke sana ke mari di alam maya... From one blog to another, saya melawat dan membaca... tetapi satu blog yang saya temui dalam BW saya ni buatkan hati saya betol-betol terusik dan tersentuh... Sesuatu yang sebagai seorang wanita membuatkan saya bergenang air mata bila membaca, sesuatu yang memang x boleh nak tipu sehingga sekarang ada masa-masanya membuatkan saya berfikir adakah saya mampu menjadi tabah dan secekal wanita ini sekiranya perkara itu berlaku kepada diri saya? Itulah dia Mawar Nafastari.

Ingin saya berkongsi, salah satu sedutan entri beliau yang telah membuatkan jiwa saya terusik... Entri tersebut bertajuk JALAN PULANG yang telah di-publish pada 14 March 2011:

Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat kerana perancangannya kami mahu pulang berhari raya di Malaysia tahun ini. 

Kami menaiki pesawat MAS kali ini, kebiasaannya kami akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat THAI. en suami mahukan kelainan, katanya, "apa kata kita cuba naik MAS pula, nnt smp di Malaysia awal pagi.." aku turutkan sahaja kehendak dia, lagi pula, apa salahnya cuba sesuatu yg baru..

Sesampai kami di Malaysia, en suami mahu menaiki ERL dan katanya, kembar akan menunggu di stesen ERL Putrajaya. Aku hanya menurut, memang perjalanan pulang kami kali ini agak aneh, kerana sebelum ini kami akan dijemput di KLIA oleh ayahanda atau kakak ku yang tinggal di Shah Alam. 

Kebiasaannya kami akan terus pulang ke Shah Alam setelah sampai di Malaysia, namun kali ini kami merancang untuk ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin sahabat kami di Islamabad. Kami sekeluarga sempat bermalam di A-Famosa resort dan menaiki beca mengelilingi bandar melaka. Terasa amat bahagia sekali dapat berjalan2 bersama en suami, embun dan kekwa di bandar yang bersejarah itu. 

Selepas ke Melaka, kami ke kenduri kahwin sahabat en suami di Ampang dan kemudian barulah kami pulang ke Shah Alam. Kepulangan kami benar-benar memberi kejutan kepada mama aku kerana dia tidak tahu yang kami akan pulang secepat itu.

Kami menghabiskan masa berjalan2 di IKEA, Tesco, Giant, dan beberapa rumah saudara mara kami. Kami sempat melawat ibu saudara aku yang baru kematian suami dan dia juga sekarang uzur kerana penyakit barah. En suami sempat mengucapkan rasa simpatinya kepada ibu saudara aku dan menghulurkan sedikit wang buat bekalan mereka sekeluarga. Kemudia kami menyinggah di rumah ibu saudaranya di UK Perdana, tetapi ibu saudaranya tiada di rumah, jadi kami menyinggah di rumah sepupunya @ adik beradik susuannya di UK Perdana. Kami juga sempat melawat Puan Salmah di Putrajaya yang baru kematian suaminya yang bekerja di Karachi, Pakistan. En suami selalu merasakan peritnya hidup seorang isteri yang kehilangan suami. Dia sedaya upada mahu melawat keluarga yang kehilangan org yang tersayang.

Kami juga sempat ke rumah baru abang sulungnya di Kota Damansara. Selalunya kami akan ke rumah lama abang sulungnya di Selayang. Mungkin kepulangan en suami kali ini mahukan kelainan, mahukan jalan yang berbeza...

Pada 25-28 Februari en suami terpaksa pergi kursus di KLIA.. Selama 4 hari kami berpisah setelah sekian lama kami tidak pernah berpisah. Di Pakistan ke mana sahaja urusan luar en suami, dia pasti akan bawa kami sekali. Terasa berat untuk berpisah dengannya walaupun hanya 4 hari, anak sulung kami Embun seringkali menyebut "ayah, ayah.." bila mana dia teringatkan ayahnya.. Embun terlalu rindukan ayahnya sampai demam! Bila ayah balik dari kursus, Embun kelihatan amat gembira sekali. Aku pun rindukan dia, tapi tak sempat untuk aku memeluk dia dengan erat setelah dia pulang dari kursus kerana Kekwa menangis mahukan susu.


Keesokkan harinya kami bersiap2 untuk pulang ke kampung Bari,Setiu di negeri Terengganu. Kami bertolak awal pagi kerana mahu ke Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang bagi membuat visa Kekwa. Setelah selesai urusan visa, kami bertolak pulang ke Terengganu..

Sepanjang perjalanan pulang, suasana dalam kereta amat tenang dan damai.. Kami berbual dalam kedamaian.. En suami memasang CD Qari Malaysia vs Arab Saudi. Alunan bacaan Quran mengiringi perjalanan kami. Sesekali en suami membaca sekali ayat2 suci Al-Quran dengan taranum dan tajwid yang amat baik sekali. Terasa sungguh merdu alunan bacaan en suami kali ini sampaikan meremang bulu roma aku seketika. Tidak pernah lagi aku dengar bacaannya begitu merdu selama ini. Embun pun turut mengaji sekali ( dengan gaya bahasa dia lah). En suami dan aku berpandangan dan ketawa kecil melihat telatah Embun yang mahu mengaji sekali. Oh, terasa indah dan bahagia sekali...

Aku tertidur sebentar, bila terjaga, en suami melalui jalanraya Jerangau-Jabor. Selalunya kami akan mengikut jalan bandar . Lalu terjadi perbalahan kecil antara kami,
aku: kenapa u ikut jalan ni? i nak makan satar...
en suami: la, u tak cakap.. kata td nak berhenti rumah mok teh je
aku: kan kita selalunya akan singgah makan satar kat kemaman.... hu.. hancur luluh hati saya...
en suami : hancur luluh ke nur? sorry sgt.. i tak tahu...

Sesampai di Kuala Terengganu, kami singgah di rumah Mok Teh. Mok Teh adalah adik ibuku. Aku sempat mandikan Embun dan Kekwa di rumah Mok Teh. Aku pun mandi dan menukar pakaian baju lusuh dan kain batik kerana aku mahu terus berehat setelah sampai di Bari nanti. Setelah selesai solat jama' Maghrib dan Isya', kami bertolak pulang ke Bari.

Sebelum bertolak, tiba2 Embun menyebut "horse".. Mok Teh bertanya kepada aku, "sapa ajar dia horse? dia tahu ada horse depan rumah mok teh tu".. Aku hanya tersenyum kecil, dalam hati pelik juga, setahu aku, aku tak pernah ajar perkataan "horse" dekat Embun..

Selepas melambai Mok Teh, aku berkata pada encik suami,
Aku : kesian Mok Teh, tinggal sorang2 je.. anak2 jauh, suami dah takde..hm..
kita nanti bila tua macam mana la ye? awak pergi dulu ke, saya pergi dulu?..
(terdetik seketika dalam hati aku berbisik bahawa "MATI ITU PASTI")
En suami : .... (dia menghulur tangannya lalu menggengam erat tangan aku..)

Perjalanan ke Bari diteruskan, dan en suami berhenti mengisi minyak di Petronas yang jarang kami singgah selalunya. Kebiasaannya dia akan menyinggah di stesen minyak Petronas berdekatan dengan chalet mewah. Aku pelik juga kenapa dia singgah di stesen minyak yang lain, tapi dalam hatiku mengira mungkin minyak sudah berkelip dan tak sempat isi di stesen yang kami biasa.

Kemudian kami singgah ke kedai keropok.. lalu aku menyuruh dia membelikan vitagen untuk Embun sekali. Selesai membeli, aku letak Embun di hadapan dan menyuruhnya minum bersama ayahnya di hadapan. Kemudian Embun tidak mahu air vitagen itu, dia mahu minum di belakang bersama2 aku. Lalu aku ambil Embun nak pangkunya di peha sebelah kiri, dan aku pangku Kekwa di sebelah kananku. Aku membuka vitagen, dan sempat aku menoleh ke arah en suami, aku melihat dia sudah tidak minum dan makan, dia hanya menumpu ke jalan raya...

Dengan bacaan "bismillah" aku menuang air ke mulut Embun... dan.... dengan sekelip mata, terasa brek yang mengejut, aku dengar encik suami menyebut "ALLAH"...

aku terjatuh di bawah, cermin mataku terpelanting dan tudungku tercabut,... aku meraba2 di dalam keadaan yang gelap... tiada lampu di bahu jalan raya itu,.... aku meraba2 mencari Kekwa.. Embun menangis ketakutan... aku ambil keduanya dan aku memaling ke arah encik suami......
"sayang, bangun sayang...."...

aku membuka pintu kereta dan melihat ada orang di tepi jalan itu lalu aku teriak "tolong amik anak saya, saya mahu keluarkan suami saya".. mereka datang menolong ambil anak saya....
aku cuba keluarkan dia... tapi tak tahu apa yang tersepit..... aku rabun.... aku cuba panggil dia... dia tidak menyahut...

aku keluar kereta mencari "mana anak saya??tolong pegang anak saya dan jangan duduk jauh2, tolong panggil ambulans cepat, cepat keluarkan suami saya, kenapa dia tersepit??"...

ambulans terlalu lambat... aku berkeras mahu keluarkan suami dan hantar dia ke hospital berdekatan.. ramai datang menolong... mereka cepat2 keluarkan barang2 berharga dalam kereta itu dan memberi kepadaku... aku masuk lagi ke dalam kereta, terjumpa tudung, terus sahaja aku memakainya kembali dan cermin mata yang telah patah tangkainya aku terus pakai..

Satu keluarga yang baik hati aku kira mereka seperti malaikat yang menolong kami sekeluarga. Dia membawa Pajero, isterinya ada anak kecil dua orang, merekalah yang menolong aku membawa en suami ke hospital. Di dalam Pajero,Embun dipegang oleh isterinya, aku memangku Kekwa, dan tanganku menyapu2 darah en suami.. aku tidak berkesempatan memeluk en suami, kerana tanganku memangku Kekwa yang kecil.. terasa sungguh panik sekali, tidak henti2 aku menyebut kalimah "la illaha illallah"... air mata ku masih belum menitik, aku sangat risau... hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa itu..

Sesampai di hospital, doktor terus melakukan CPR, katanya macam takde harapan..
aku masih berharap en suami masih hidup, aku menyuruh doktor mencuba sampai boleh... 10 minit kemudian, doktor masih lagi berkata takde harapan dah ni, pukul berapa kejadian?...
aku masih tidak boleh menerima hakikat.. aku tak boleh menjawab soalan doktor.. pukul berapa?? kenapa aku harus aku jawab pukul berapa? aku hanya mahukan nyawa suamiku selamat....

aku menelefon keluargaku dan berkata pada mereka bahawa encik suami koma.. walhal doktor langsung tidak pernah mengatakan dia koma.. aku berharap.. dan masih berharap...sampailah adik en suami datang memberitahuku, "kak nur, pa dah takde..."

bercucuran air mata aku mengalir, seakan2 tidak boleh berpijak di bumi yg nyata.. aku memeluk Embun sekuatnya.. Kekwa dipangku oleh ibu saudaraku... aku tidak mahu melepaskan Embun dalam dakapanku, kalau Embun ku lepas waktu itu, sudah tumbang aku dibuatnya....

Aku duduk dan menangis... dan menangis... dan aku sedekahkan al- fatihah kepadanya

" inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

Sesungguhnya jalan pulang kali ini benar-benar membawa dia pulang kepada Yang Hak...

Segala entri-entri beliau saya ikuti dan x memang tak tipu, bila saya baca air mata saya ni macam murah sangat... kalaupun tak menangis...mesti air mata bergenang di kelopak mata... macam entri yang saya baca hari ni... EMBUN, NAMPAK AYAH TAK?...WAWA??... Saya juga melawat blog arwah suami beliau iaitu Nafastari ... Seriously these two blog(s) touch my heart... Kalau x percaya, cubalah lawat dan dalami... Kisah mereka, membuatkan saya banyak berfikir tentang keadaan diri sendiri... dan membuatkan saya sentiasa berfikir tentang intipati kehidupan yang lain... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Al-Fatehah... tidak lamabt dan tidak cepat bila dah sampai ajalkan Farah!

    ReplyDelete
  2. Al fatihah...sy juga.menjadikan Nur sbg penguat semangat..apabila.nasib kami serupa...doakan kami trus tabah disepanjang usia...

    ReplyDelete
  3. Pagi td sblm kr sekolah.. sy trgerak hati ingin membawa sebuah buku utk dibaca dikala lapang.. trnyata apabila mula mmbaca intro "dalam kenangan'..hati x sabar nk habiskn hingga penamat.. tapi sy oleh krn kekangan ms..sy habiskn bacaan dirmh.. trnyata ianya nukilan yg sgt menyentuj perasaan..trnyata sy ingin mengikuti kisah hidup mawar dn ank2nya sehingga hari ini tanpa suami trcinta.. al- fatihah utk penulis dan dan semoga mawar dan anak2 tabah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !