You Are The One For Me...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
2
Source Extracted from Google
You are the one for me... Kalau disifatkan dalam Bahasa Melayu... Awak adalah untuk saye... ;)... Jodoh something yang dah ditetapkan oleh Allah SWT. But then, cam maner nak tau yang that person memang dah ditakdirkan untuk kita? So Allah SWT dah kurniakan kita telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir... gunakan dengan sebaik-baiknya.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama and memang dijodohkan for sure ada some bond such as emotion, spiritual and physically antara satu sama lain. When being together, masing-masing bley rasa la cam mana sweet-nya cinta itu and saling memerlukan satu sama lain. Gerak hati pulak keeps telling you yang he / she is the one yang destined to go through this life journey with us. Hurm... betol ke ek?

Might be these are the 10 signs to show that he/she is the one:

BERSAHAJA


Partner kite tu bersikap bersahaja and not acting. Cuba tengok cara dia berpakaian, cara dia bercakap, cara dia ketawa and cara dia makan serta minum. Whether secara spontaneous, x de nak control control or nampak pelik. If dia nampak kurang comfort dengan gayanya, sah sah tengah berlakon. Sometimes kita dapat kesan yang dia sedang berlakon. But, bile dia tampil bersahaja dan tak dibuat-buat, so dia adalah calon hidup kita yang sesuai. :p If not, might be dia bukan untuk kita.

SENANG BERSAMA


Eventhough kita selalu bersama partner kita, tak ada sikit pun perasaan bosan, jemu atau stress pada diri kita. Semakin hari semakin sayang. Kita sentiasa tenang, gembira and dia jadi pengubat kedukaan kita. Dia juga rasa apa yang kita rasa. Biler berjauhan, terasa sikit stress and rasa nak jumpa dengan dia. Tak kira siang atau pun malam, ketiadaan dia terasa sedikit kehilangan.

TERIMA KITA SEADANYA


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tak amik port. Maybe dia tahu perpisahan dengan bekas kekasih kita yang start. Dia jugak tak ambik keysah siapa kita sebelum ni. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai seseorang sebelum dia, dia tak ambik hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tak perlu nak simpan rahsia bila dia dah sedia jadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR


Dia x keysah apa yang kita lakukan asalkan tak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dia tunjukkan menarik hati kita. Kejujuran bukan satu benda yang boleh kita buat-buat atau berlakon. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran ada pada dia, kebahagiaan jadi milik kita. Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor atau asas paling penting bagi satu-satu relationship. Bila dia tak jujur, susah dia nak mengelak daripada berlaku curang pada kita. Bila dia jujur, semakin strong lagi relationship kita. Kejujuran campur kesetiaan buatkan relationship jadi the true relationship. So, dialah sebaik-baik pilihan.

PERCAYA MEMPERCAYAI


Setiap orang ada rahsia tersendiri. Sometimes rahsia ni kena share so that kita dapat kurangkan beban yang kita tanggung. Bila kita ada rahsia and nak bagi tahu partner kita, adakah rahsia kita selamat kat tangan dia? To those yang destined to be together, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat bila bagi tau rahsia-rahsi kepada partner mereka compared to fwens. Satu lagi, kita x simpan rahsia apa pun towards our partner and kita percaya yang rahsia kita secure dengan dia. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

SENANG CO-OPERATE


Bagi kita yang nakkan relationship kita success dan kekal dalam jangka masa panjang, kita dan dia perlu saling co-operate untuk go through life journey. Kita dan partner kita perlu bagi kerjasama bila nak buat satu satu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan mesti ikhlas untuk tolong partner kita dan untuk ringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia jugak dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. This is very important sebab boleh influence life kita in future. If tak ada co-operation, susah bagi kita untuk hidup together. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Tak ke menyusahkan?

MEMAHAMI DIRI KITA


If it is true someone is destined to be with us, dia mestilah memahami diri kita. Masa kita sakit dia bawak pegi klinik. Masa kita sedih, dia jadi penghibur. Bila kita susah, dia tolong. Biler kita berleter, dia jadi good listener. Dia selalu ada dengan kita dalam apa pun situation. X kira kita tengah happy ataupun sedih, dia sentiasa ada untuk kita. Dia jugak ready nak alami pasang surut dalam relationship. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri. Pepatah ni suitable untuk lover. Biler dia sentiasa bersama kita melalui hidup ni masa suka dan sedih, senang dan susah, dialah calon yang sesuai nak jadi pasangan hidup kita.

TAMPILKAN KELEMAHAN


X sape yang perfect kat dunia nih. Tipu betol bila ada orang yang admit dia perfect in every aspect. For sure amongst us, semua ada kelemahan dan keburukan tertentu. For those yang dah ready jadi teman hidup kita, dia tak terlalu nak simpan rahsia kelemahan dia and ever ready nak share dengan kita. Dah tentu its not that easy nak bagi tau or nak admit weakness depan partner kita. Malah, dia tak segan nak tunjukkan keburukannya pada kita. As example; bila dia bangun tidur ataupun sakit dan tak mandi dua hari, dia tak halang kita daripada melawatnya. Bila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

KATA HATI


Listen to your heart. Sometimes, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batini ini juga kita dapat saling tau feelings masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi and feedback pada situasi tertentu. Bila kita yakin dengan pilihan kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Listen to your heart and make your choices. Serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT.

SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL


Jodoh dan pertemuan semua kat tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skrip pulak ditulis oleh Allah SWT. Sometimes, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tapi bila kita buat solat istikharah dan memohon supaya Allah SWT memberi petunjuk, Insya-Allah dengan izinNya kita dapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Nikmat dunia nikmat sementara. Nikmat akhirat adalah kekal selamanya.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Semoga berbahagia selamanya ya insyaallah

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah kakakqu yang melets and vogue the vass...Amin... Thanks for dropping by kakak....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !