Nobody Knows When You're Crying, When You Walk In The Rain...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Nobody knows when you're crying, when you walk in the rain... Walaupun kita bekerja seolah-olah tiadanya siang dan malam dan seolah-olah dunia ini tiada lagi yang kita fikirkan, itulah diri kita sebagai seorang manusia, kita tetap seorang insan yang mahu disayangi, dibelai, dicintai dan dihargai selalu...lebih lebih lagi dari seorang insan yang cukup istimewa dalam hidup kita... yang bergelar kekasih hati / suami ataupun isteri. Walaupun ramai melihat kita gagah mahupun seolah-olah tidak mempunyai perasaan atau nampak seolah-olah tak kisah, kita tetap seorang manusia yang penuh dengan perasaan, penuh dengan cinta, penuh dengan sebuah harapan. Dengan insan teristimewa itu, kita pasti akan memasang harapan, kita pasti bermimpi akannya dan berharap sangat-sangat kita dapat menjadi seorang pasangan sehingga ke akhirnya di sisinya.

Kerana kita masih lagi seorang manusia, sekuat mana pun kita, fitrah kita pasti tetap bersuara dan kita tetap mahukan yang pendamping hidup kita adalah yang terbaik buat kita. Harganya pula seolah-olah mahal pula! Kerana begitu kurangnya yang betol-betol jujur dan ikhlas di luar sana. Sedangkan seorang yang teristimewa itu hanya seorang manusia sahaja, hanya seorang manusia... Seperti kita, yang juga seorang manusia. Penuh kelemahan. Dan mereka x perfect. Dan x ramai yang terkejut setelah berkahwin, apabila expectation diletakkan adalah tinggi sebelum perkahwinan.

Betul sangat. Ini bukan main-main. Terkadang mungkin, boyfie lama kita dulu, lagi pandai layan perempuan dan romantik dari orang yang akan kita kahwini nanty. Awak akan kagum dengan dia sekarang, tapi yakinlah dia juga seorang manusia. Kerana itulah yang berlaku.

Fahamilah benar-benar akan hakikat ini, jodoh itu rahsia Allah SWT. Ianya ketentuan Allah SWT ianya juga rezeki dari Allah SWT. Ianya juga adalah ujian dari Allah SWT. Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita dan kita tak tahu, mungkin jodoh kita di dunia ataupun di akhirat nanti. Cuma, jangan jadikan harapan kamu untuk berkahwin dengan seseorang insan yang istimewa dalam hidup kamu itu, melarutkan dirimu pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kamu.

Kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Penyayang... Allah SWT nak kita betol-betol menyediakan diri kita sebagai seorang suami / isteri, walau dengan siapapun kita berkahwin. Awak rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki / wanita? Betul dah ready? Betul ni?

Ready dengan kesabaran, ready dengan tawakal, ready dengan merasakan kita berkahwin kerana hati dan perasaan yang ikhlas dan jujur dengan menerima segala kekurangannya? (ini yang ramai cakap sebelum kahwin occay? selepas kahwin... ehem ehem... might be jadi satu benda yang susah)... Insya-Allah tak...hu hu hu... Jodoh ini benar-benar kerja Allah SWT... Janji Allah SWT itu benar... Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kamu, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kamu... Tetapi jika dia bukan jodoh kamu, walaupun perit, kamu berusaha bagaimanapun, melalui apa carapun, kamu tetap takkan menjadi milik dia...

Pernah terfikir tak macam mana Asiah si penghuni syurga boleh berkahwin dengan Firaun? Begitu juga Zulaikha ketika mendapatkan Yusuf? Bukankah jodoh itu di tangan Allah? Bermimpi untuk mendampingi seseorang insan yang istimewa di dunia ini memang best dan menyeronokkan. But in real life, experience sometimes, show you, the other way round... At last, kita sendiri akan faham, sebenarnya, di dunia ini, hanyalah medan ujian aje... Tiada yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan, kecuali ketika kita bersama dengan penghuni syurga satu masa nanti... Allah tak abaikan kita... Yakinlah! Allah SWT akan berikan teman hidup terbaik buat kita...  Insya-Allah... I love you for eternity sayang....

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !