Home » » Burn Your Fatsssss!!!

Burn Your Fatsssss!!!

Blogwalking and blogwalking and blogwalking... Came across one entry at Alina Clover, then terase nak share reading and knowledge plaks... So this entry credit pada Alina Clover ek...

Adakah anda mempunyai masalah berat badan? Pasti anda akan berusaha untuk mengurangkannya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah...

Bawang Putih / Merah


Source Extracted from Google
Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

Tomato


Source Extracted from Google
Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomato sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

Putih Telur


Source Extracted from Google
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolestrol yang agak tinggi.

Lada
Source Extracted from Google
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolisme badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

Anggur


Source Extracted from Google
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolestrol seseorang.

Lobak Merah


Source Extracted from Google
Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

Timun


Source Extracted from Google
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak tetapi khasiat di dalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.
Terimakasih telah membaca artikel Burn Your Fatsssss!!!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.