39 Kes Kenapa Lelaki X Layak Menjadi Suami...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Kes 1
Sepanjang pertunangan dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

Kes 2
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

Kes 3
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari di bilik tetamu, penuh dengan baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

Kes 4
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

Kes 5
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak / tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

Kes 6
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

Kes 7
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap tiap malam dan suka liwat saya.

Kes 8
Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

Kes 9
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

Kes 10
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

Kes 11
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah"

Kes 12
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa-rupanya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

Kes 13
Suami tidak pernah azan atau iqamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

Kes 14
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus memfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

Kes 15
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

Kes 16
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Mekah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali bergaduh.

Kes 17
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung....

Kes 18
Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak bersalin, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak baru.

Kes 19
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

Kes 20
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tidak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak-anak.

Kes 21
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata "takde duit". Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana "lemaknya".

Kes 22
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10 letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

Kes 23
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal, mesti dia nak pergi "bersangkak".

Kes 24
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa - pernah rumah kami dibaling tahi.

Kes 25
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata-rata tempak. Emak tidak peduli, asal arwah tidak mengganggu hidupnya.

Kes 26
3-4 bulan suami "hilang"itu perkara biasa. Kadang-kadang sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup'waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.

Kes 27
Anak ke -3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda-tanda HIV.

Kes 28
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang-barang rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

Kes 29
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh-puluh ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

Kes 30
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaannya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

Kes 31
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah kerja kilang nak sara anak-anak.

Kes 32
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding-bandingkan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

Kes 33
Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

Kes 34
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" (love bite) perempuan lain di badannya.

Kes 35
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya diurus abang saya dan pihak hospital.

Kes 36
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan-kawan macam orang muda...sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

Kes 37
Walaupun sudah lama masuk Islam...mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

Kes 38
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

Kes 39
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh'. Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

"wahai tuhanku, aku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..., kamilah hamba yang mengharap belas darimu... Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambamu yang bertakwa...ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNya aku bertawakal dan Allah yang memiliki arasy yang agung"


MAAF BUKAN NAK KATA LELAKI SEMUANYA BEGINI CUME INILAH CERITA DARI KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!

kredit: Rose Comey
sumber: http://blogtokwan.blogspot.com/2011/11/40-kes-kenapa-lelaki-tak-layak-menjadi.html

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !