Kuncinya Lelaki / Wanita?

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Ekcelli, for these two days, saye telah disenaraikan untuk attend satu course di HQ which course ni adalah tentang "Effective Presentation Skills"... Walaupun dah terlebey present sane sini selame ni... tapi might be ader lagi weakness yang sayer x nampak ataupun perlu diperbaiki...

Maser attend course nih, kejenye adelah bercakap dan bercakap dan bercakap... semua attendees untuk course nih diberi peluang dengan adil dan saksama...muah ha ha ha.... so tak ley nak skip la ek... bermacam gaye, bermacam ekspresi, bermacam rupe dan bermacam kerenah la... kitaorang diberi tajuk-tajuk untuk kitaorang present di hadapan semua attendees, tanpa menggunakan sebarang text.... public speaking ler tu... (tapi skema sket la)...

Cam hari ni, on the last day of course... wow wee junior juice...saye telah melakukan sesuatu perkara yang dah lame ditinggalkan sejak zaman sekolah dulu... debate!...tapi debate ni adalah debate secare spontan beramai-ramai...topiknye? Wanita Punca Masalah Rumah Tangga... hu hu hu.... tapi dah jadi Gender Reversal Technique plak! Aduyaii... yang perempuan jadi pencadang yang lelaki jadi pembangkang...bley x? Cam betray kaum sendiri plak rasernye dan carik kelemahan kaum sendiri plak rasernye...

Amongst point-point yang dibahaskan adalah:

PEREMPUAN PUNCA MASALAH RUMAHTANGGA


Demanding


Biler perempuan terlalu demanding / suka meminta-minta / suka mendesak untuk diberikan atau mendapatkan sesuatu barang contohnya barangan-barangan berjenama terkenal yang harganya bukan calang-calang, terpengaruh dengan rakan-rakan atau tak bley tengok orang lain lebih.

Cemburu Buta


Biler perempuan mempunyai sifat cemburu yang tidak berasas atau tidak bertempat. Sama ada cemburu kepada rakan-rakan sekerja suami, saudara mara, sahabat handai, jiran-jiran dan keluarga sebelah suami. Yang mana mengakibatkan perempuan ni jadi "over-protective" and "over-possesive" sampaikan lelaki raser rimas, sesak nafas dan tiada ruang untuk diri mereka sendiri.

Wanita Bekerjaya yang Lupa Pada Tanggungjawab


Biler perempuan mempunyai kareer yang kukuh / mantap atau mempunyai pendidikan yang lebih tinggi, berkemungkinan mereka lebih fokus kepada kerjaya mereka dan merasakan diri mereka hebat, diri mereka lebih pandai serta akhirnya lupa pada tanggungjawab rumahtangga masing-masing

Wanita Penggoda


Biler perempuan menjadi seorang penggoda, sebagai contoh dalam situasi bekerja di pejabat, biler seseorang perempuan yang bergelar isteri mengenakan pakaian-pakaian yang sexy yang menarik perhatian lelaki lain selain dari suami, bukan setakat pakaian.. biler bercakap dengan orang-orang lelaki lain selain suami dengan nada suara yang menggoda atau manja... (gedix la nih...kwang kwang kwang).

Pemarah / Tidak Dapat Mengawal Emosi


Wanita yang mudah hangin! atau pemarah serta tidak dapat mengawal emosi walaupun di dalam hal atau perkara remeh temeh... Ekekekekeke.... Contohnyer... Biler x buang sampah...emo sampai ke laut ke darat

LELAKI PUNCA MASALAH RUMAHTANGGA


Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya


Lelaki yang 24/7 terlalu sibuk dengan kerjaya sampaikan birthday wife pun bley tak hingat... sampaikan x der ruang untuk spend dengan wife dan anak-anak... terlalu mengejar harta kekayaan sampai semua diketepikan...

Lelaki Kuat Nafsu / Kuat Seks


Hu hu hu.... lelaki yang kuat nafsu / kuat seks sehingga tidak cukup dengan isteri yang membawa kepada mereka terlibat dengan penyakit "makan luar".... lelaki gagal menahan nafsu mereka, adatlah kan... lelaki tak cukup ngan satu...

Lelaki Gagal Mencorakkan Rumahtangga


Lelaki sebagai pemimpin atau ketua keluarga. Khalifah yang telah dilantik melalui ijab dan qabul bagi sesebuah institusi kekeluargaan, akan tetapi lelaki ni gagal untuk mencorakkan rumahtangga beliau...gagal memimpin isteri serta anak-anak... lebih banyak mengambil sikap tidak apa dan tidak keysah atau dalam erti kater lain...tak hamik port la....

Lelaki Yang Tidak Memahami Kehendak Isteri


Lelaki yang tidak memahami kehendak isteri atau perasaan isteri. Hanya mementingkan diri sendiri dan tindakan-tindakan sering tidak memikirkan isteri atau anak-anak serta melukakan perasaan isteri dan anak-anak

Kuasa Cerai di Tangan Suami


Biler maner kuasa cerai yang diletakkan di tangan suami tu disalah gunakan oleh suami, bila sang suami dengan panas baran, tanpa berfikir panjang apabila terjadi sesuatu masalah...senang senang jer lafazkan cerai kat isteri...

He he he...amacam panas tak tajuk bahas spontan kitaorang...lols...memang gamat ler jadinyer bilik training tu... yang besh tu...siap bley buat bola-bola kecil dari paper dan baling sesamer sendiri tu... he he he... bahas extreme tu namernyer...

Tapi kan, from my own perspective, lelaki ke perempuan ke yang dikatekan jadi kunci kepada masalah rumahtangga...sebenarnya ader equality kat situ... tak der pemberat yang maner lebih yang maner kurang... biler kiter dalam satu-satu institusi kekeluargaan kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan sama-sama memegang peranan yang penting dalam membina keluarga yang bahagia serta diidam-idamkan... so... either lelaki ke perempuan ke...sama-sama kena ikhlas, jujur dan responsible... tak ley la sebelah pihak jer kan? itu x adil dan berat sebelah namernyer... lelaki ke perempuan ke...zaman sekarang boleh dikatakan zaman equality...kalau tak lelaki jadi sebab...perempuan pun bley jadi sebab jugak...ye tak? :p

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !