Disihir Guna Gambar Dalam Facebook!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Kosmo
Homaigodd.... Astaghfirullahalazim... Zaman jer dah moden kan? Tapi manusia masih lagi berfikiran kuno... Tapi... memang kenyataan kowt? Walau zaman dah berubah ke zaman teknologi manusia masih lagi mengamalkan perkara-perkara ni... Even dengan zaman teknologi manusia akan sentiasa mencari ruang untuk menggunakan kesempatan yang ada untuk kepentingan diri sendiri...

Macam yang disiarkan dalam paper KOSMO hari nih... Sorang student IPTA yang namenye tak tau sama ade name sebenar atau tidak, Ira yang jadi mangsa sihir biler gambar-gambar yang dia post kat akaun FB dia digunakan sebagai senjata pemujaan sihir. Ikut cerita, Ira ni telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

Ira ngan Maria ni x kenal each other, tapi diaorang jadi fwens kat FB biler Maria request friend dari Ira. Ira ingat tak der pa per la. So dia just accept jer la friend request tu. Cam ner Ira nih bley tau yang dia dah kene sihir? Mender ni dia dapat tau bila dia dapat rawatan kat Pusat Rawatan Islam At Tobibi kat Bandar Baru Nilai masa bulan Jun tahun ni la, orang yang rawat dia Shamsuri Safie. Masa treatment tu dia dapat tau yang dia ni dah kena sihir dengan Maria through satu gambar dan maser wat treatment tu gambar mata Maria seolah-olah bersinar tiap kali dia tenung gambar tu. Masa tu Ira ni ingat Maria ni kawan yang baik la sampaikan dia turut segala kemahuan Maria ni termasuk berhenti kerja. Hurmmm.... Tapi biler dah dapat treatment, Ira ni found out la yang dia bukan jer terkena sihir tapi kena santau jugak dengan Maria. Orang yang bagi treatment kat dia tu, inform kat Ira yang Maria dah letakkan abu mayat dalam makanan dia.

Yang lagi worst, bukan Maria ni jer yang sihirkan serta santaukan Ira nih... tapi... boyfiee dier sendiri pun wat keje yang samer sihirkan dia supaya si Ira nih tergila-gilakan dia, tunduk pada dia dan jatuh sayang pada dier... Subhanallah... 2 dalam 1 si Ira nih kene attack... Kononnya lepas kena sihir nih, Ira sering terserempak dengan lembaga hitam dan selalu dengar bunyi loceng kat bawah katil setiap malam, termuntah abu mayat pun pernah...

Hurm... sejauh mana kebenaran perkara nih, kita bukanlah sapa-sapa nak menilai ye tak? Hanya orang yang mengalami atau experience mender nih sendiri yang tau... Wallahualambisawab.... Eee...moga-moga dijauhkan la dari kiter perkara-perkara seperti ini... Dalam masa yang sama...jomlah kiter semua lebih berhati-hati ek... Ape-ape yang perlu kiter privatekan dekat FB kiter tu...jomlah kiter privatekan... And kiter pun bukanlah nak jadi sombong ye tak.. but then... janganlah kiter simply-simply accept friend request dari someone tanpa kita check atau tau background diaorang dulu... Manusia zaman sekarang ni macam-macam, kiter tak tau hati perut diaorang lagi... Kadang-kadang depan kiter nampak macam baik, lakonan kalah primadona tapi dalam hati kita tak tau ape agenda tersembunyi diaorang... Ye lah biler jadi cam ni, tak salah kiter lebih berhati-hati...

Mungkin niat kita memang baik or tak nak kenakan orang... tapi niat orang lain kiter tak boleh nak jangka... Dah semakin ramai manusia yang bertopeng sekarang nih... Majority apa yang diaorang buat, semua untuk advantages and priveleges diri sendiri... So jom kengkawan, kiter semua hati hati... ambil langkah ape yang perlu... Insya-Allah dengan izin Allah, kita akan terselamat dari perkara-perkara cenggini... Untuk yang mempunyai niat seumpama berita kat atas nih, pesanan ikhlas, "Hidup kita kat dunia ni sementara jer... Apa yang kita ader kat dunia ni pun sementara... Terimalah setiap satu satu perkara yang terjadi tu sama ada baik dengan buruk sebagai panduan dalam hidup... Berpeganglah pada Rukun Islam dan Rukun Iman, balik pada yang satu... Kadang-kadang benda yang buruk tu memang meninggalkan bekas yang mendalam serta parut yang takkan hilang dalam diri kita, hati kita, dan tak mungkin kita lupakan sampai bila-bila... tapi dalam hal ni, jom kita balik pada yang satu...dan sentiasa ingat bahawa Allah tu menyayangi kita semua, maha Adil, maha Pengasih, maha Penyayang... ingat jer...setiap perbuatan zalim dan kejam, Allah akan membalas jugak perbuatan tu... kalau tak hari ni esok, kalau tak esok lambat laun Allah akan tunjukkan jugak sikit demi sikit, kalau tak jadi pada diri dia, mungkin akan terjadi pulak pada adik beradik, ahli keluarga dia, and kalau tak terjadi kat dunia mungkin di sana nanty dia akan menerima balasan yang setimpal... Mengucap banyak-banyak, dan ingatkan Allah SWT selalu... I know its not easy sometimes, but you gotta try...itulah cara yang paling mujarab untuk sembuh dari keperitan, kesusahan, kekecewaan dan kegagalan...."

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !