Ada Masanya...

Source Extracted from Google
Ada masa seseorang boley terima... ada masa seseorang x boley terima... Ye lah hati manusia ni kan berubah-ubah, semalam mood ok, hari ni mood super duper ok, esok mood ting tong, tulat mood super sensitive... Cam tu la kita semua manusia... Susah nak ramal apa yang dirasai, apa yang difikir dan apa yang ada dalam hati... Sebab tu, kalau kita nak keluarkan sesuatu perkataan tu, kenalah fikir or analyse situation dulu, jangan main tabur jer... Silap silap haribulan secara sengaja atau tidak sengaja kita dah lukakan hati orang lain...ataupun wat orang lain hangin satu badan

Contohnya la kan, kalau someone tu tengah sibuk sangat kat opis.... Keje tengah bertimbun-timbun, tetiber ader pulak office mate dengan niat nak bergurau senda manja-manja kucing dengan someone tu, tapi gurauan tu cam buat someone tu terfikir "Eh, dia ni...."... Kwang kwang kwang tak ke naya tu... Niat you nak mengusik or bergurau, u ingat orang tak keysah tapi sebenarnya orang tu keysah.... Example, you saje panggil kawan tu "DEBAB" ke... or labelkan kawan tu "KUAT MAKAN" ke.... Ishhh... x patut x patut... Dah la kawan tu tengah stress, tension, busy... tetiber you plak panggil dengan panggilan atau label-label yang cenggitu... X ke mendapat namanya tu? Kalau yang jenis tak keysah lantak ko la nak panggil aku aper pun, tak per lah... ini jenis yang keysah...

So, again, peringatan kepada diri sendiri dan juga peringatan kepade sesiaper yang ter-drop by kat entri nih.... Apa-apa pun kita buat, kita kena fikir dulu perasaan orang lain tapi jangan lupa fikir jugak pasal perasaan sendiri ek...lols...

Psst... tapi kalau orang yang mula dulu dengan kiter, :p no comment... sebab kadang-kadang tak dapat nak cakap jugak kenapa sesuatu tindakan tu dilakukan... lols... ye lah manusia ni kadang-kadang tak dapat nak lari dari tindakan luar kawalan bila emosi dah mendahului segalanya... heee....


Mulut ni bahaya, bak kate pepatah, Kerana Mulut Badan Binasa. Yang baik tu datang dari mulut, yang jahat tu jugak datang dari mulut.... Huishhh.... Sebab tu la sebelum bercakap nak kena fikir dulu ye tak? Jangan ikut sedap mulut jer....

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.