QPR Milik Tan Sri Tony Fernandes

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Hari ni nak citer cket pasal bola...hee...walaupun x tau main bola dan tau tengok jer...

Dilahirkan di Kuala Lumpur dari ayah yang berketurunan "Indian Goan" dan ibu yang berketurunan Portugis Melaka, Tan Sri Tony Fernandes adalah anak kepada mendiang Stephen Edward Fernandes dan Ena Dorothy Fernandes. Tan Sri Tony Fernandes seorang usahawan Malaysia yang berjaya serta merupakan pengasas Tune Air Sdn Bhd yang telah memperkenalkan the first budget no-frills airline, Air Asia kepada rakyat Malaysia dengan tagline "Now Everyone Can Fly".

Source Extracted from Google
Dan ketika ini, menurut sumber, Tan Sri Tony Fernandes telah mengorak lagi langkah dengan membeli Queens Park Rangers (QPR) iaitu kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli 66% pegangan.

Beliau dilaporkan membeli saham pemilik Formula 1, Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak 5 tahun lepas dan beliau telah lama menyatakan hasrat mahu menjualnya. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga adalah merupakan pemilik Team Lotus.

Dengan pembelian QPR, ini menjadikan Tony Fernandes seorang tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia yang melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

As Malaysian, of course la rasa proud kan biler ada anak Malaysia yang berjaya sehingga ke peringkat ini walaupun kelab yang dibeli bukan Manchester United ke, Arsenal ke, Liverpool ke, Chelsea ke... so diharapkan Tan Sri Tony Fernandes boleh la cuba-cuba membawa pemain bola sepak Malaysia untuk mencuba menyarung jersi QPR atau sekurang-kurangnya menjalani latihan bersama demi membantu meningkatkan mutu dan kualiti bola sepak Malaysia. Betol tak?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !