Khusus untuk Wanita: Sanitary Pads vs. Tampons

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
VS.
Source Extracted from Google
Okay... hari ni terlintas plaks nak citer pasal Sanitary Pads a.k.a. Tuala Wanita versus Tampons... Antara pros and cons... Oopss.... cerita ni khas untuk wanita-wanita... tapi bagi kaum lelaki kalau nak buat sebagai knowledge pun apa salahnya kan? Tak salah kalau ambil tahu serba sedikit... Tol tak?

Seperti mana yang semua tau... sanitary pads merupakan tuala kapas yang leper. Ia mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipakai bila-bila masa dengan melekatkannya pada seluar dalam. Ia berbeza dari segi ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam dari kebocoran. Jenis lain pulak maybe lagi panjang berbanding tuala wanita biasa.

Tampon pulak, diperbuat daripada kapas seperti tuala wanita. Kapas itu digulungkan sehingga ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam vagina semasa "period" banyak atau biasa. And might be susah untuk first time user. So kena la ikut arahan yang tertulis pada pack dan maybe it will ease you.

Tapi... lately ni dah banyak safety and health awareness on sanitary pads usage. Menurut sumber-sumber yang saye bace... most of the sanitary pads dibuat dengan menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau... Ayoooo... (dengar pun takut kan?)

Klorin is one of the compulsory ingredients dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioxine. Dioxine telah disahkan sebagai karsinogen ataupun racun paling bahaya untuk kesihatan. Dioxine is one of chemical yang sangat bertoksid dan amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar "Bahan Bertoksik Paling Kuat" pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa meng-kelaskan Dioxine sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama.

Aper yang Dioxine ni boleh buat? Hu hu hu... antaranya:-

Ketidakstabilan Hormon
Kanser Payudara
Kanser Ovari
Kanser Usus
Endometriosis
Kemandulan
Fibroid
Keguguran
Jangkitan pada Uterus
Melemahkan Sistem Imuniti Badan

Ader jugak yang claim kater, tuala wanita nih: 


1. Mengalami Proses Pembungkusan yang Tidak 'Hygienic'

Pembungkusan di kilang masih secara manual. Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

2. Penuh dengan Bakteria

Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuma dan kegatalan pada alat sulit wanita - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987.

3. Tiada Tarikh Luput (Expiry Date)

Most of the pad dekat market tidak mempunyai tarikh luput. (Ye ke? Diri sendiri pun x pernah cek). Tapi ada sumber sumber yang cakap, ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual di kedai kedai. How sure yang pad yand dijual tak akan jejaskan anggota sulit wanita ek? 

4. Pelapik Luar Tidak Telus Haba

Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa. 

5. Tiada Bahan Anti - Bakteria

Sanitary pads adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapat protein di dalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk ke dalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan masuk ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci. 

Every woman... mostly and majority menggunakan ~ 15,000 keping tuala wanita sepanjang hayat (35 tahun; period pada usia 12 tahun dan menopause pada usia 47 tahun). Maka risiko wanita itu terdedah kepada Dioxine adalah 15000 kali!!! Hu hu hu.... no wonder Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia... 

Tapi... bukan setakat Sanitary Pads saje... Tampon pun ade bahayenye... Bagi tampon pulak... ade satu penyakit yang dinamakan Toxic Shock Syndrome ataupun TSS. According to sumber jugak... Penyakit TSS ni amat biasa kepada pengguna tampon. Jika tampon digunakan untuk waktu yang lama, bakteria Staphylococcus aureus akan tumbuh di dalam vagina dan ianya membebaskan toksin dan bahan beracun ke dalam saluran darah... (giler ar....) . TSS sangat berbahaya! Ia boleh sebabkan tekanan darah turun secara mendadak dan lebih teruk kematian! Tampon juga mungkin boleh menyebabkan cirit birit, muntah-muntah, pening dan demam.

Source Extracted from Google
Bagi yang tak tau... macam ni la cara tampon dipakai...
So cam ner ni ek? Semuanye berbahaya... Don't know how far that this is true... Tapi we women still perlukan mender nih... Cuma just terfikir, if tak selamat...or kurang selamat... kenapa still approved untuk dijual di market ek? Sekiranye ini yang realiti...dan sememangnya berlaku... what is the alternative untuk menyelesaikan permasalahan ni ek? Ada jugak yang cakap, tuala wanita yang selamat dah mula banyak dijual di pasaran sekarang ni... yesh maybe true... tapi... sememangnya harga agak berbeza sedikit dari sanitary pads yang biasa ada kat supermarket or hypermarket... cuma rasanya kalau betul untuk safety tak salah kot kalau kita keluarkan duit lebih sikit... bak kater orang jangan nak berkira sangat kalau nak sihat kan? and kalau nak cegah macam macam penyakit kenalah sacrifice sikit kan?

Apa pun... semua yang berlaku adalah kuasa Allah SWT... tapi sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran...rasanya tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga or amik prevention measure untuk mengelakkan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan diri kita kan? :) 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !