Rambut Juga Punca Jerawat!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
Tetiber terngiang-ngiang mama punye wordings hari Ahad lepas pasal rambut dan jerawat... Mama cakap rambut pun boleh jadi punca jerawat...Wah... Selama ni tak pernah pulak nak aware pasal mender nih... Bukan aper... Ader la merungut kat mama yang semenjak dua menjak nih jerawat cam rajin jer tumbuh...Walhal muka saye bukan jenis yang bermasalah dengan jerawat....Tertanye-tanye jugak if saye salah pakai produk ke ape? Tapi rasenye tak kowt sebab selama ni tak der masalah pun...Or...maybe sebab perubahan hormon... He he he...

Disebabkan soalan-soalan yang berlegar kat kepale nih...Saye pun google la pasal rambut dan jerawat nih... he he he... Ni nak share sikit nih... 

From what I've read... masalah jerawat berlaku kerana berlakunyer radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. If someone tu ader problem jerawat kat kulit dia, usually it will relate to masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra haid (yang ni ye)...ataupun jangkitan bakteria and resdung pun boley dianggap sebagai punca yang mengakibatkan masalah jerawat. 

Tapi tau tak ekceli ramai orang salah anggap yang jerawat tu caused by resdung? Ader doktor ni cakap ekcelli it is totally wrong! O o o... mitos la nih... Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung boleh sebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnye perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan mengalami kegatalan. Biler kiter garu kulit muka kita ngan kuku, barulah jadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka kiter. Meaning, kita x boleh nak ubat jerawat dengan buat rawatan resdung sebab it is two differ disease. 

So, cam maner nak elakkan jerawat dari tumbuh? Besides ubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting such as berada di kawasan yang berkelempan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu such as pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap sampai liang-liang roma kulit tersumbat.(Alamak maybe this is the cause kowt? Hu hu hu)

So resolutionnyer? aper yang perlu saya atau kiter sama-sama buat untuk avoid jerawat kat kulit esspecially muke? 

1 - Amalkan mencuci muke 2 x sehari dengan pencuci muke dan pada masa-masa lain (heee.... slaloo wat nih kecuali kat opis ler)
2 - Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat (ha ni la yang mama cakap ari tu)
3 - Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak
4 - Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5 - Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang kiter beli if jerawat kita makin teruk.
6 - If jerawat tumbuh kat belakang badan or dada, kiter digalakkan memakai pakaian kapas sebab pakaian kapas serap peluh dan menyejukkan kulit.
7 - Lastly kalau dah kronik sangat, dapatkan rawatan pakar kat klinik atau hospital nearby. 

Hu hu hu... Alhamdullillah setakat ni takder la teruk maner pun jerawat sayer...masih dapat dikawal... Sajer jer nak share info ni...So that kiter semua sama sama tau kan... For those yang tak tau la...Tapi yang dah tau tu baguslah... ;) 



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !