Acidity Maniac!

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
0
Source Extracted from Google
MySpace Acidity Maniac! Yesh... Itu ler hot topic sekarang nih kan dan agak membuatkan wanita-wanita kat luar sana termasuk saye rase panik dan gusar jap... Hu hu hu... Eee...takutlah...

Skang ni dah ader pulak aktiviti-aktiviti menyimbah sejenis cecair yang dipercayai asid jenis "thinner" dan "alkali" and dah makin menjadi-jadi kat KL. From what I know... orang yang buat ni adalah 2 lelaki wif bike.

Hu hu hu...takut... menurut citer yang sayer bacer kat satu blog nih... baru-baru ni wife kawan dier, seorang cikgu, baru keluar daripda sekolah tempat dia mengajar kat Bangsar. Kebetulan masa tu tingkap kete dia terbukak, masa tu datang dua orang lelaki and terus curah asid kat muke die... kesian dier... nasib baik kecederaan yang dia alami x seyes sangat... tapi dashboard kete dia habis rosak! Sampai sekarang wife kawan dia ni trauma.... hu hu hu...

Accordingly... criminal yang sampai kini belum lagi kena tangkap ni dikatakan carik victim yang of course perempuan a.k.a wanita yang mostly berketurunan Melayu dekat area Dang Wangi, Sentul and Brickfields.Motif? Sampai sekarang pun polis still x dapat nak pastikan motif jenayah suspek nih.

Suspek ni, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun and selalu tukar motor. Diaorang ni akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka. Antara kejadian terbaru... seorang wanita ngan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa. Mangsa tu berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Pas tu ader pulak lagi satu kes... dua wanita umur dalam 20-an tengah jalan kaki kat Jalan Pudu Lama pun sama gak kena simbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam. Kira-kira sejam lepas tu, ada lagi seorang wanita yang turut cedera kat muka lepas kena simbah sejenis cecair yang dipercayai cuka getah kat tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah kat Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Assistant Commissioner Khairi Ahrasa cakap, dalam tempoh dua hari jer, empat laporan polis yang diterima yang involve-kan lima orang mangsa. And dalam lima mangsa tu sorang tu berketurunan India. Polis cakap lagi, diaorang mintak orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

Kata Assistant Commisioner tu lagi... "Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu".

Polis mintak, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan maklumkan dengan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Ketua Polis Daerah Brickfields pulak kater, sebanyak 10 kes simbah cecair yang dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah Brickfields sehingga Mac lalu. And dalam incident yang terakhir pada bulan Mac tu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair di pekan Brickfields.

Hopefully cepat lah aktiviti atau kes kes ni resolve. Raser cam dah tak selamat jer nak keluar keluar sana sini... Menggerunkan... Cam ntah... Skang ni ancaman lak pada kaum wanita... Dalam hati ni... resah gaks sebenarnya... Naperlah ader orang yang tergamak nak buat semua mender mender nih... Cuber kalau kena kat sedare mare atau parents atau orang yang diaorang sayang? Ape rasernyer? Naper nak buat-buat cam nih? Bukannyer ader benefit ape ape pun... Haihh.... Cepatlah kes ni resolve kan?

To all girls, women out there.... keadaan sekarang ni amat merbahayakan... so beware, be alert and careful...(peringatan untuk diri sendiri jugak nih).... Aduyaii....

Credit pada http://syahrilkadir.wordpress.com/

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !