Manusia Sekarang Entah Ape-Ape...

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A
2
Sedih hati nengok kes-kes dera yang dah buat come back since last year.... Ingat lagi masa zaman-zaman sekolah rendah dulu... Ada talian tele-dera cause of budak-budak kecik ramai yang kena dera... And after that the issue start to cool down for a while.... Da tu sekarang ni da buat come back lagi...

Lagi banyak awareness yang media dah buat... lagi banyak pulak kes-kes cenggini... some people in the community are just out of their minds and such a maniacs...

Today, while browsing FB, I came across a post from a friend on the same issue / case...  Rasa cam sayu sangat bila benda-benda cam ni jadi kat budak budak kecik yang tak tau apa-apa.... Hopefully, the government and authority will imposed hukuman yang lebih berat dari yang ada sekarang to those maniacs...lansung tak ada perikemanusiaan, sedangkan haiwan pun tau sayangkan anak... Inikan pula lagi manusia yang diberi akal fikiran... Haih... Attached in the following is the post that I've read which were published in Utusan...


Al-Fatihah utk adik Nordiana Qistina, 3 thn yg meninggal akibat didera ibu tiri.

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka. 

Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.

Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.

Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.

Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. 

“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.

Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kesian kan budak tu...dah macam citer dulo2 pulak, mak tiri dera anak tiri....zaman macam ni pun dok ada lagi....xdak ati perot betui la...

    ReplyDelete
  2. tu la pasai.... cuba kalau dia kena dera cenggitu...pa rasa? takdak ati perot satu...takdak akai pun satu gak adikku... hu hu hu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !