Seorang gadis telah dilahirkan sebagai buta dan dia amat membenci dirinya sendiri kerana telah dilahirkan buta. Dia juga amat membenci setiap orang yang berada disekelilingnya kecuali teman lelakinya. Ini adalah kerana lelaki tiu sentiasa setia dan tidak pernah jemu untuk berada di sisinya di saat dia memerlukan seseorang untuk melepaskan segala keluhan dan juga keperitannya. Lelaki itu sentiasa ada untuknya...
Gadis itu sering berkata kepada teman lelakinya bahawa sekiranya suatu hari nanti dia boleh melihat semula dan melihat dunia dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut.
Sudah rezeki gadis itu agaknya, ditakdirkan impiannya untuk melihat dunia tercapai pabila ada insan yang sudi mendermakan sepasang mata untuk si gadis tersebut.
Setelah gadis itu dapat melihat dunia, teman lelakinya tadi bertanya "Sekarang...adakah kamu sudi berkahwin dengan saya?"... Si gadis terkejut apabila melihat kekasihnya itu juga buta seperti dirinya dahulu... Dia menolak lamaran teman lelakinya. Dengan penuh kesedihan, teman lelaki gadis itu pergi dengan penuh kekecewaan... dan tidak beberapa lama kemudian... si gadis telah menerima sekeping nota daripada teman lelakinya tadi.
"TIADA APA YANG KUMINTA... CUMA JAGALAH MATAKU SEBAIKNYA SAYANG..."
Jagalah Mataku Sebaiknya Sayang...
2:53:00 AM
8
tetiber jer idea sedey lak yang datang...
ReplyDeleteini sendiri buat entri sendiri komen ni... wakakaka...
Deleteso sad hargainya ketika ia masih ada
ReplyDeletehu hu hu.... the think is... thank you to you sebab tegur pasal comment box ni... :)... kalau tak i pun tak perasan... he he he...
ReplyDeleteno prob...anyway nice blog farah.rasa nak baca hari2x hari i dok bukak blog u..hehehe
ReplyDeleteish... u ni... kalau ikutkan you lagi pandai kot dari i... ;)... i bm pun tunggang langgang jer...
ReplyDeleteaduiii sedihnya.... kesiab betul teman lakinya tu...
ReplyDeleteberkorban demi cinta katanya... huhuhu
Delete