Apa yang diharapkan di dalam sesebuah hubungan yang dibina atas dasar cinta? Semestinya untuk hidup bersama dan bahagia sehingga ke akhir hayat... Impian semua wanita adalah sama.... Impian seseorang wanita yang bergelar isteri adalah sama... Impian seorang wanita yang mempunyai naluri keibuan adalah tetap sama... Tidak kira siapa wanita itu, apakah wanita itu... Semuanya sama...
Actually, semenjak semalam aku macam tak senang duduk... Aku terkedu dan tergamam biler seseorang yang rapat dengan aku yang aku kenali yang telah banyak melalui kepayahan dalam hidup, telah mengalami satu lagi kekecewaan yang tidak terduga kedatangannya... ibarat sambaran dan panahan petir... Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja...
Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak diingini olehnya... dan aku faham sangat apa yang dia rasa buat ketika ini... Tapi... sebagai seorang rakan, sahabat serta kakak aku tidak berhak untuk masuk campur di atas urusan peribadi dia... Apa yang boleh aku lakukan adalah... meminta supaya dia bersabar dan tabah menerima segala yang berlaku...dengan sepenuh redha... Apa pun aku tidak putus memberikannya semangat dan menyakinkan dia bahawa masih ada jalan penyelesaian...
Tapi kan apalah sangat kata-kata seseorang seperti aku yang belum melalui alam itu lagi... Yang tidak berada di tempat dia... Yang sebenarnya tersenyum dalam tangisan selama ini... Yang hatinya memang telah hancur berderai... Yang tak mungkin dapat ditampal balik... Aku sedih... Kalau boleh aku tak mau benda ni berlaku kepada dia dan orang yang dia amat sayangi... =(... Di saat rakan-rakan lain baru nak memulakan hidup di alam fasa baru... unexpected incident macam ni berlaku pada dia dan orang yang amat dia sayangi...
Di mana silapnya? Apakah puncanya... Sukar untuk aku percaya dengan apa yang dah jadi... Tapi semuanya dah pun terjadi... Cuma aku berdoa agar jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai.... Aku amat berharap sangat-sangat satu penyelesaian yang terbaik dapat dicapai... Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan benda ni... Aku risau... Ikhlas tangisan aku datang dari hati...Dan jujur aku katakan aku merasakan seolah-olah aku ada kat tempat dia... Rasa segenap dan seluruh perasaan diri dan hati dia... Aku menangis macam aku adalah dia... Ya Allah kau berikanlah kekuatan itu serta ketabahan itu kepada dia, aku mohon kepadamu... Bantulah dia... Kerana dia berada dalam keadaan yang kesempitan dan tiada tempat lain lagi yang boleh dituju... Kau berikanlah petunjuk kepadaNya dan lindungilah dia dari segala malapetaka dan bencana....
Meminjam kata-kata adikku tapi dah ubah sikit ... Bila seorang wanita itu tersenyum apabila sesuatu musibah melanda, tidak bermakna dia tenang tetapi sejuta tangisan melanda di dalam hati...
saat orang lain bahagia kita menangis
ReplyDeletesaat kita menangis orang lain bahagia
kerana kita tidak sempurna dan kebahagian itu bukan milik kita...Hanya padaNya kita bermohon sembuhkan hati nan lara bersama deraian air mata, tak tergambar warnanya tak terlihat wajahnya, tapi boleh di rasai deyutannya dan bisikannya kerana ia sebuah hati,kehidupan tak dapat diramal di tangan tapi selagi berusaha kita mampu mengubahnya..roda nasib akan berputar jua.sabar dan ikhlas kuatkan semangat..
susah nak cakap... hidup ini penuh dengan cabaran...
ReplyDeletebetul tu kak mia... hidup ni penih dengan cabaran...
Delete