The 5th Birthday Mini Party

Farah Waheda Wahid
1
The 5th Birthday Mini Party

Tell you what? Hajat nak buat majlis sambutan hari jadi untuk Iman Firash memang dah lama dah bersarang dalam hati keibuan seorang Farah Waheda. Smile. Habis tu kenapa tak buat? Adalah sebab-sebab peribadi yang Kak Fa tak akan nak cerita dan tak akan nak kongsi terang-terangan. Cuma secara ringkasnya masa yang belum bersesuaian serta keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Heee… Open-mouthed smile. Bila dah jadi mak dalam hati seorang mak ni sekurang-kurangnya bagi Kak Fa sekali dalam seumur hidup anak tu, perasaan teringin nak buat majlis hari jadi anak tu adalah normal. Bagi Kak Fa ok? Bagi orang lain Kak Fa tak pasti. Nanti karang ada pula yang berkata – aikk… ya ke? I tak terasa macam tu pun? Muahahaha… Rolling on the floor laughing. Alhamdulillah, syukran Ya Allah, akhirnya terlunas juga hajat hati ni ha bila mana Kak Fa berkesempatan untuk mengadakan the 5th birthday mini party pada 25 November 2018 yang lepas di tempat teduh kami sekeluarga. Awal sehari sebab 26 November 2018 sewaktu tarikh kelahiran Firash tu adalah hari Isnin.

Read as mini… Mini ya mini. Bila Kak Fa nyatakan mini birthday party secara automatik bukan Kak Fa buat secara besar-besaran dan beria-ia sangat. Ianya sebuah majlis yang sangat-sangat bersederhana tanpa goodies bag untuk kanak-kanak, tanpa PA System, tanpa khemah segala bagai ok? Yang ada cumalah…

4 Set Meja Bulat Bersama Kerusi 8 Seater dan 1 Meja Banquet


The 5th Birthday Mini Celebration (2)

Cukuplah tu. Kak Fa sewa dengan jumlah yang berpatutan sebabnya jemputan untuk majlis hari jadi Firash pun bukannya ramai. Macam yang Kak Fa katakan birthday mini party. Jemputan Kak Fa adalah terdiri dari kalangan school teachers Firash, jiran-jiran terdekat yang rapat dengan Kak Fa, kakak sepupu Kak Fa, sahabat-sahabat rapat dengan Kak Fa yang terdiri dari kenalan blogger juga dan keluarga sebelah Babah Firash. Smile. Pusing kanan-pusing kiri lebih kurang dalam 30 –40 pax juga.

Menu Hidangan Ringkas

Menu hidangan pula bukannya sesuatu yang berat. Ringan-ringan ajer. Memandangkan Kak Fa kekonon buat konsep hi-tea, majlis bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja. Bukan kedekut, tetapi itulah konsep sederhana ya tak? Hidangan yang Kak Fa jamu kepada tetamu pada hari yang berkenaan adalah soto dan bee hoon goreng yang Kak Fa tempah dari sahabat dunia akhirat Kak Fa, Sue di bawah label Dari Dapur Suria… Kalau korang skroll IG, boleh search #daridapursuria. Kak Fa tempah lebih sedikit, untuk 50 pax instead of 40 pax. Sebabnya, orang kata bila buat majlis biar lebih jangan kurang. Kalau lebih kita selamat, kalau kurang nanti huuuu…. Menjawablah nak selesaikan mencari makanan ya tak?

The 5th Birthday Mini Celebration (11)

The 5th Birthday Mini Celebration (10)

Kemudian, buat kudap-kudapan, Kak Fa tambahkan dengan 4 bucket ayam KFC. Mulanya cuma nak beli 2 bucket sahaja – konon nak khaskan untuk kanak-kanak. Tetapi bila difikir-fikirkan balik… Biarlah lebih nanti orang dewasa pandang jer kanak-kanak makan. He he he… Rolling on the floor laughing. Termasuklah Kak Fa ni ha…. Nanti pandang jer kempunan pula. Alang-alang nak belanja makan, belanja jerlah betul-betul ya tak? Take it as sedekah makanan Kak Fa pada semua orang. Selalunya tak berkesempatan nak belanja ramai-ramai, kali ni ada rezeki sedikit Kak Fa belanjalah setakat mana kemampuan Kak Fa ni ha.

The 5th Birthday Mini Party (2)
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Air pun cuma bancuhan air sirap jer. Smile. Pinggan, mangkuk, sudu, garpu semua Kak Fa beli yang disposable. Memandangkan cuma Kak Fa yang akan mengemas, eloklah selamatkan diri bab ni. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing

The 5th Birthday Mini Party (3)
Kredit: Gambar dari sumber dari Google


Oddbods Cake Pops and Signature Tiramisu Cake

Lari dari kebiasaan, Kak Fa decide tahun ni tak nak customized kek kepala keretapi tu dah walaupun Kak Fa tahu minat dia pada kepala keretapi tu tak pernah pudar walau sesaat (referring to Thomas and Friends). Mommy yang rasa bosan… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Jadi tahun ni, Mommy customized kan kepada cake pops pula. Cake pops yang berbentuk karakter kartun Oddbods.

The 5th Birthday Mini Celebration (9)

Comel-comel. Rasa sayang nak ngap pun ada. Ha ha ha… Nyah-Nyah Cake pops ni adalah dari Crazepop. Kalau nak tau bukan setakat Oddbods jer, ada macam-macam jenis. Ada unicorn, ada minionss. Kalau nak tengok seleksi pilihan boleh jer terus ke laman Instagram Crazepop ya? Untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin pun boleh, untuk sambutan ulangtahun perkahwinan pun boleh. Bergantung kepada tujuan dan niat seseorang individu gittew. Cubalah pergi cuci mata ok? Winking smile

The 5th Birthday Mini Celebration (8)

Kemudian Kak Fa top-up dengan kek Signature Tiramisu dari Secret Recipe ajer. As simple as that. Maka terjadilah … Tadaaa… Gabungan cake pops dan kek.

The 5th Birthday Mini Celebration (7)

Dekorasi

The 5th Birthday Mini Celebration (1)

Tak ada sebarang dekorasi beria sangat dari Kak Fa. Ala kadar jer. Itu pun dengan bantuan teacher Firash sehari sebelum majlis berlangsung. Gigih teacher dia tolong Kak Fa untuk set-up. Thank you Teacher Dyla sebab sudi tolong Mommy. I heart Red heart you banyak-banyaklah sebabnya susah payah tolong Kak Fa ni ha. Lagipun dia kan pakar bab-bab ni. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Kepakaran dia sebab dia cikgu tadika… Jadi dia taulah bab-bab hias menghias ni lebih arif dari Kak Fa.

The 5th Birthday Mini Celebration (5)

The 5th Birthday Mini Celebration (6)

The 5th Birthday Mini Celebration (3)

The 5th Birthday Mini Celebration (4)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Kak Fa nak ucapkan terima kasih pada yang sudi membantu serta sudi hadir di dalam memeriahkan majlis sambutan hari jadi Iman Firash yang kelima. Walaupun memang terasa penatnya, Kak Fa tetap rasa puas sebab akhirnya terlunas hajat yang dah lama bersarang di hati ni ha. Walaupun secara ringkas dan sangat bersederhana, akhirnya terlaksana juga. Next on the list, kena menabung pula untuk Majlis Aqiqah Firash yang dah tertangguh buat sekian lamanya. In Shaa Allah, Kak Fa cuba usahakan untuk menganjurkan majlis aqiqah Firash dengan sebaik mungkin. Cuma maybe it will take some time lah… Melainkan kalau duit tu jatuh berkepuk-kepuk dari langit… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah lama x dtg sini..happy belated bday iman firash... Mini pun nampak meriah... =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !