Kalau KERETA Terpaksa REDAH BANJIR–Ini Senarai Perkara Yang Perlu Anda Tahu!

Farah Waheda Wahid
1
Kalau KERETA Terpaksa REDAH BANJIR–Ini Senarai Perkara Yang Perlu Anda Tahu!
Kredit: Sumber gambar dari Google

Mungkinlah kawasan tempat tinggal anda tak terlibat di dalam senarai kawasan banjir ya tak? Memandangkan sejak kebelakangan ni Kak Fa terpaksa redah banjir, terpaksa berpusing-pusing mencari kawasan laluan jalanraya yang airnya tak tinggi (acah-acah tinggi suku tayar), terpaksa berfikir kawasan laluan jalanraya yang mana mungkin tak banjir di kawasan perumahan Kak Fa tu. Kak Fa rasa, sama ada ada yang nak baca atau tak ada yang nak baca Kak Fa nak kongsi juga tentang kalau KERETA terpaksa REDAH BANJIR – ini senarai perkara yang perlu anda tahu! Read terpaksa ok? Terpaksa? Terpaksa tu bermaksud kalau tak ada pilihan lain lagi dah. Macam Kak Fa. Sampai patahlah dan terbang melayanglah no plat kenderaan yang Kak Fa pandu tu. Hu hu hu… Crying face

Memang! Lately ni kawasan perumahan Kak Fa tu kerap sangat air naik. Suspek utama sebab dah terlalu banyak sangat pembangunan kawasan perumahan yang baru dan juga rumah-rumah kedai serta lot komersial yang lain. Tambak sana, tambak sini. Mungkin sistem saliran masih belum dibina dengan sempurna, air tak ada tempat nak lalu maka terjadilah banjir. For instance, Sabtu lepas disebabkan banyak kereta cuba meredah air demi nak menyampaikan ke destinasi yang dituju… Banyak kereta yang tersadai di tepi jalanraya dan tengah jalanraya. Syukur Alhamdulillah, tak jadi apa-apa pada Kak Fa. Huuu…Kalau tak? Crying face Mau menangis dekat tengah-tengah jalanraya tu sebab tak ada sesiapa berdekatan yang nak tolong kan? Tunggu jerlah sesiapa yang sudi membantu…Ihiksss… Nyah-Nyah Tipu jer! Adalah kot yang sudi membantu…Mungkin jiran-jiran yang terdekatlah yang paling cepat.

Sebenarnya, seelok-eloknya, kalau dalam situasi sebegini, elok sangatlah kalau tangguhkan perjalanan dan tunggu sehingga hujan dan banjir reda dulu. Cari kawasan untuk berhenti sementara menunggu cuaca kembali pulih. Sebabnya, kita tak dapat nak agak seteruk mana hujan dan banjir boleh terjadi. Tips yang patut anda tahu kalau terpaksa redah banjir ketika memandu.

1. Seelok-eloknya jangan cuba redah banjir. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penunjuk.

2. Jika mahu meredah banjir, pastikan melalui bahagian jalan paling tinggi.

3. Pandu secara tetap, kekalkan kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan air bergelombang di hadapan. Benarkan kenderaan depan jauh melepasi anda terlebih dulu.

4. Memandu laju sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutama motosikal dan pejalan kaki, serta boleh menyebabkan hilang kawalan akibat masalah akuasatah (aquaplaning), iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.

Kalau KERETA Terpaksa REDAH BANJIR–Ini Senarai Perkara Yang Perlu Anda Tahu! (2)
Kredit gambar dari sumber dari SINI

Kalau KERETA Terpaksa REDAH BANJIR–Ini Senarai Perkara Yang Perlu Anda Tahu! (3)
Kredit gambar dari sumber dari SINI

5. Pandu dalam jarak selamat dari kenderaan depan.

6. Jangan cuba memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir laju. Anda berisiko diseret air!

7. Uji brek selepas melepasi banjir.

8. Jika enjin mati, jangan cuba menghidupkan semula enjin kerana kerosakan teruk boleh berlaku. Sebaliknya, minta bantuan kecemasan sama ada menelefon pihak insurans untuk menghantarkan trak tunda atau hubungi pihak bertanggungjawab.

9. Standard ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari tanah, jadi, tengok kereta di depan yang redah air. Tenggelam ke tidak ekzosnya…amati sampai kereta tersebut naik ke kawasan darat di hadapan, makanya anda akan dapat tahu kedalaman air yang bakal anda redah. Kalau paras air di bawah ekzos, maka OK, boleh REDAH tak ada masalah tetapi jangan laju sangat. Kalau bunyi ‘tepukan air’ bawah lantai kereta, itu perkara sama seperti anda naik bot… cuma maintain kelajuan OPTIMUM (tidak laju, tidak perlahan) untuk elak kereta anda ditolak ombak air ni dan mengubah haluan ke bahu jalan… pertimbangkan sama ombak kereta yang anda hasilkan daripada pengguna lain.

10. Kalau air banjir lebih tinggi dari ekzos (tetapi tidaklah sampai kereta anda merodok air macam kapal selam) anda perlu pertimbangkan. Kalau tiada pilihan untuk meredah caranya adalah:

KERETA MANUAL
Pastikan anda di gear 1 dengan RPM lebih dari 2500. Jangan cuba kurangkan dari itu atau jangan perlahankan RPM ketika redah air.  Kalau perlahan air akan disedut melalui ekzos anda ke enjin. Inilah punca kenapa kereta anda mati ketika meredah air banjir. Untuk maintain RPM tinggi dengan kelajuan rendah (tidak laju dan terkawal) ketika redah air, bermainlah atau kawal Clutch, biasanya RPM tersebut pada gear 1 sudah mencukupi.

KERETA TRANSMISI AUTOMATIK
Masukkan gear Low, kemudian redah air perlahan-lahan pada kelajuan yang sesuai. Untuk kereta transmisi automatik, bermainlah dengan brek tangan supaya anda dapat kawal kelajuan kereta ketika meredah air (PASTIKAN and sentiasa TEKAN BUTANG release pada HANDBRAKE). JANGAN lepas supaya brek anda tidak locked.

Kalau KERETA Terpaksa REDAH BANJIR–Ini Senarai Perkara Yang Perlu Anda Tahu!
Kredit gambar dari sumber dari SINI

Cuma nak pesan, pastikan laluan clear sebelum redah. Kalau kereta depan sangkut, kita pun akan sangkut sekali oiii…. Lepas tu jangan lupa matikan aircond… Ini tips dari kawan rapat Kak Fa… Smile. Tapi macam Kak Fa nyatakan tadi, kalau boleh takyahlah redah weiii…. Bahaya… Kalau ada pilihanlah… Ada juga orang beritahu Kak Fa, JANGAN!!!! Jangan redah…takut enjin pecah or retak sebab enjin panas tiba-tiba harung air sejuk kan? Possibility nak jadi macam tu boleh. Sayang kereta ok? Nak memandu sebiji kereta bukannya mudah nak dapat ya tak? Winking smile

Susah-susah, pandu 4WD jer…. Tahan lasak, dah tentu-tentu boleh redah banjir kan? Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Pandu kenderaan 4WD yang paling tahan lasak bergerak di dalam air macam Lada Niva, Range Rover, Hummer H1, Suzuji Jeep, GAZ VIIX KIROV, Toyota Hilux, Toyota Land Cruiser F Jivo, Toyota Land Cruiser VX dan Toyota Sahara 200.


Sumber Rujukan Artikel: Sinar Harian dan SINI

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. entry yang berguna lagi2 dengan musim hujan skrg ni. tq kak farah. harap2 dijauhkan lah dari kejadian mcm ni. kereta tak habis bayar lagi pulaktuu hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !